• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Percaya Khashoggi Dibunuh, Turki Cari Mayat

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON/ANKARA – Presiden Donald Trump berkata semalam, beliau beranggapan wartawan Arab Saudi yang hilang, Jamal Khashoggi sudah meninggal dunia dan maklum balas Amerika Syarikat (AS) terhadap Riyadh kemungkinan ‘sangat teruk’ namun beliau masih mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Polis Turki kini melancarkan pencarian mayat Khashoggi di kawasan hutan pinggir Istanbul dan bandar berhampiran Laut Marmara, lebih dua minggu selepas wartawan itu hilang sejurus memasuki konsulat Arab Saudi di bandar berkenaan, kata dua pegawai kanan Ankara kepada Reuters.

Trump, yang membentuk hubungan rapat dengan Arab Saudi dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, 33, mengakui buat kali pertama semalam, Khashoggi, penduduk AS dan kolumnis akhbar Washington Post, kemungkinan mati dibunuh.

“Ia kelihatan seperti itu pada pandangan saya. Agak menyedihkan,” kata Trump kepada media sebelum menaiki pesawat Air Force One untuk lawatan politik.

Dalam satu wawancara dengan akhbar New York Times (NYT) semalam, Trump mengesahkan kematian Khashoggi itu berdasarkan laporan perisikan.

Pihak berkuasa Turki berkata, mereka percaya Khashoggi dibunuh dalam konsulat manakala tubuhnya dikerat dan dibuang. Riyadh menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan sedang menyiasat kehilangan Khashoggi, seorang pengkritik tegar pemerintah Arab Saudi yang menggesa pembaharuan.

Trump berkata demikian selepas menerima kemas kini daripada Setiausaha Negara Mike Pompeo berhubung keputusan perbincangan tergempar di Arab Saudi dan Turki minggu ini.

Dalam wawancara NYT, Trump turut melahirkan keyakinan terhadap laporan perisikan yang mendakwa, peranan disyaki peringkat tertinggi Arab Saudi dalam pembunuhan Khashoggi.

Trump bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk membuat rumusan siapa dalang di sebalik pembunuhan itu.

Pompeo memberitahu media, beliau menasihatkan Trump supaya memberi Arab Saudi tempoh beberapa hari untuk melengkapkan siasatan terhadap kehilangan Khashoggi yang mencetuskan kemarahan antarabangsa serta menegangkan hubungan Riyadh dengan negara Barat.

Trump berkata, beliau menunggu keputusan itu untuk ‘mengetahui perkara sebenar secepat mungkin’ dan akan membuat kenyataan mengenainya.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Turki kini meluaskan fokus geografi pencarian selepas siasatan di konsulat dan kediaman konsul Arab Saudi. Penyiasat mengesan laluan dan menahan kenderaan yang meninggalkan kawasan itu 2 Oktober lalu, katanya.

Pegawai berkata, pembunuh Khashoggi mungkin membuang mayatnya di Hutan Belgrad, berdekatan Istanbul dan lokasi luar bandar berhampiran bandar Yalova, sejauh 90 kilometer ke selatan Istanbul.

“Siasatan mengesyaki mayatnya mungkin dibuang di bandar Yalova dan hutan Belgrad, polis mencari di kawasan ini. Sebuah rumah ladang atau villa mungkin digunakan untuk membuang mayat,” kata pegawai yang enggan dikenali. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Jamal Khashoggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akhbar Turki Dedah Transkrip Saat Akhir Kematian Khashoggi

11/09/2019
0

ANKARA - Akhbar Turki telah menerbitkan transkrip butiran baharu saat-saat akhir pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi. Pengkritik kerajaan Arab Saudi itu...

Jamal Khashoggi Dicalon Tokoh 2018 Majalah Time

12/12/2018
0

ANKARA - Wartawan Arab Saudi yang dibunuh, Jamal Khashoggi, berada dalam senarai pendek Tokoh 2018 majalah Time, menurut pengumuman penerbitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd