• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket Final Piala Malaysia Mula Dijual Khamis Ini

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pertembungan final Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC (TFC) dengan Perak di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini kian terasa bahang apabila Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengumumkan jualan tiket pada Khamis ini.

Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada penyokong setia skuad Penyu yang berminat untuk menyaksikan perlawanan itu.

“Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia akan dijual pada Khamis ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kaunter jualan tiket akan mula dibuka pada jam 10 pagi hingga habis pada hari berkenaan dengan RM50 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak RM10 dan hanya lima keping tiket dibenarkan bagi setiap peminat.

“Bagi penyokong yang jauh pula, mereka boleh membelinya secara dalam talian yang diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebanyak 10,000 keping,” kata Hishamuddin ketika dihubungi.

Dalam pada itu beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri berkata, kejayaan TFC mara ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2011 membangkitkan keghairahan peminat terhadap bola sepak.

“Kami harap kehadiran lebih 30,000 penyokong pada aksi final nanti mampu menyuntik lagi motivasi pemain untuk menjulang piala berprestij itu selepas kali terakhir dimenangi pada 2001.

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, semua bas milik agensi dan jabatan kerajaan negeri Terengganu telah habis ditempah untuk membawa penyokong skuad Penyu bagi menyaksikan aksi final piala berprestij itu.

“Jumlah sebenar bas belum dapat dipastikan lagi tapi disebabkan bas sudah habis ditempah, beberapa kelab penyokong mengambil inisiatif menyewa bas dari Johor dan Kelantan untuk pergi ke Stadium Shah Alam,” ujar Wan Sukairi. – BH ONLINE

Tags: Piala MalaysiaTiket Bola Sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Neymar Tak Akan Kembali Ke Barcelona

Next Post

Mourinho Bidas Wartawan, Enggan Ulas Isu Pogba

Related Posts

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

Next Post

Mourinho Bidas Wartawan, Enggan Ulas Isu Pogba

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd