• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Hari Tidak Makan, Tidur Tunggu Mayat Adik – Abang

oleh
21/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – “Tiga hari saya tak makan, tak tidur bila dapat tahu kejadian tanah runtuh. Saya tunggu jasad adik saya hingga dia dijumpai. Hati saya menangis… Tuhan saja yang tahu, betapa sedih dan sukarnya saat ini”.

Itu luahan abang kepada Mithu Hossain, 30, mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, yang mayatnya ditemukan pada pukul 12.40 tengah hari tadi.

Hossain Mohamad Ripon, 32, yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang selepas proses pengecaman mayat adiknya itu berkata kali terakhir dihubungi adiknya ialah pada Rabu lepas melalui panggilan video.

“Hari Rabu dia ada buat video call kepada saya, tapi saya jawab saya tengah sibuk…saya tengah kerja dan tak senang sekarang (waktu dihubungi adik). Tapi selepas itu saya terlupa nak hubungi dia semula. Memang saya rasa terkilan,” katanya yang telah lama tidak menemui adiknya.

Ekoran dugaan yang melanda diri dan keluarganya, Hossain yang bekerja kilang itu berkata beliau tidak mahu lagi tinggal di Malaysia dan akan pulang menetap di Bangladesh.

“Selepas ini saya mahu beritahu majikan untuk berhenti kerja dan akan bawa adik saya pulang ke kampung halaman di Kadambari, Jessore, Bangladesh dan saya juga mahu terus menetap di sana bersama ibu bapa dan seorang lagi adik,” katanya yang mengecam mayat adiknya yang mempunyai janggut dan bertindik telinga.

Mayat Mithu ditemukan bertindan dengan rakan sekampungnya Mustak Hossain, 25, di bawah empat meter timbunan tanah runtuh.

Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan enam pekerja asing maut, tiga cedera manakala empat lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Mereka yang ditemui maut setakat ini ialah dua warga Indonesia, tiga lelaki Bangladesh serta seorang wanita Myanmar.

Sementara itu, mayat dua rakyat Indonesia kejadian tanah runtuh yang ditemui Jumaat lepas, dituntut oleh keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini.

Mayat Samsul Asman, 19, dan Bahtiar, 36, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 12.08 tengah hari ini dan dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 6 petang ini.

Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Jakarta dan Kendari (ibu kota Sulawesi Tenggara) dan dijangka tiba di Indonesia pada Selasa. – BERNAMA

 

Tags: tanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd