• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beranak Mengaku Bersalah Cederakan Jiran

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga beranak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan jiran mereka dengan menggunakan sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang, bulan lalu.

Ketiga-tiga tertuduh itu iaitu Md Isa Ismail, 63, dan dua anaknya Ros Iman, 36, dan Rosliza, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menjatuhkan hukuman berikutan ketiga-ketiga tertuduh tidak mengakui kesemua fakta kes yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Terdahulu, Rosliza ketika mendengar fakta kes itu menggelengkan kepalanya sambil berkata; ‘no.. no.. no.. (tidak.. tidak.. tidak) kenyataan yang diberitahu pengadu tidak benar’.

Mengikut pertuduhan, tiga beranak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap S Viknes Kumar, 23, dengan menggunakan sebatang besi, topi keledar dan sebilah parang di hadapan Blok D, Prima Selayang, PS1, Jalan Rawang, Batu Caves di sini jam 9. 30 malam pada 6 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Selain itu, Rosliza yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut menghadapi satu lagi pertuduhan, iaitu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan cermin hadapan dan sisi kereta milik J Darshana, 23, yang juga teman wanita Viknes Kumar pada tempat, tarikh dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan itu, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes. – BH Online

Tags: jirantopi keledar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Hadapi 2 Pertuduhan AMLA Babit RM1/2 Juta

Next Post

Bina Jambatan Bengkok Terima Pelbagai Reaksi

Related Posts

Tak Puas Hati Bunyi Bising Motosikal, 13 Individu Gaduh Guna Helmet

Tak Puas Hati Bunyi Bising Motosikal, 13 Individu Gaduh Guna Helmet

01/06/2023
0

AMPANG JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan bunyi bising motosikal, dua kumpulan bertindak merusuh dan bergaduh menggunakan topi keledar...

Lelaki Pukul Isteri Guna Topi Keledar Positif Dadah

Lelaki Pukul Isteri Guna Topi Keledar Positif Dadah

29/01/2023
0

GUA MUSANG - Seorang lelaki yang dipercayai bertindak memukul isterinya menggunakan topi keledar di sebuah kedai makan di Paloh di...

Next Post

Bina Jambatan Bengkok Terima Pelbagai Reaksi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd