• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Ada Larangan Operasi Lion Air Di Malaysia

oleh
31/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada larangan atau penangguhan operasi perkhidmatan penerbangan Lion Air di Malaysia ekoran nahas melibatkan pesawat syarikat berkenaan di Indonesia pada Isnin, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata pihak berkuasa penerbangan Malaysia sedar bahawa Lion Air pernah dilarang terbang ke Kesatuan Eropah namun perkara itu sudah diselesaikan dengan pihak berkuasa terlibat.

“Tidak boleh buat kesimpulan sebegitu untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada terdapat cadangan untuk mengharamkan penerbangan Lion Air di Malaysia ekoran nahas itu.

Loke yang ditemui selepas sesi engagement National Shipping and Port Council di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini berkata operasi penerbangan Lion Air di Malaysia mematuhi semua piawaian dan peraturan yang ditetapkan.

Lion Air yang beribu pejabat di Indonesia mengendalikan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jakarta dan Surabaya bagi operasi di Malaysia.

Menurut laporan media, Lion Air dilarang dari beroperasi di negara anggota Kesatuan Eropah dari 2007 hingga 2016.

Penerbangan Lion Air JT610 Jakarta-Pangkal Pinang yang membawa seramai 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada pukul 6.20 pagi Isnin.

Loke berkata Malaysia akan melihat secara terperinci hasil siasatan pihak berkuasa Indonesia berhubung nahas udara itu untuk mengambil iktibar dan mengambil langkah berjaga-jaga. – BERNAMA

Tags: Lion Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tunggu Laporan Pencerobohan Data Malindo Air

19/09/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata beliau sedang menunggu laporan lengkap berhubung kes pencerobohan data penumpang...

Indonesia Lancar Usaha Cari CVR Lion Air

08/01/2019
0

JAKARTA - Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baharu seawal hari ini untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat Lion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd