• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sidang Media Keputusan UPSR, PT3

oleh Cj Mnh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada sidang media khas akan dibuat bagi pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata keputusan bagi kedua-dua peperiksaan itu bukan kayu pengukur bagi menilai prestasi pelajar secara keseluruhan sebaliknya ia hanya untuk penilaian dalaman di peringkat sekolah.

“Kementerian Pendidikan mengambil berat mengenai tekanan yang dihadapi oleh pelajar berhubung keputusan peperiksaan. Oleh itu, untuk keputusan UPSR tahun ini kita memang sudah membuat keputusan bahawa kita tidak akan mengadakan sidang media untuk menguar-uarkan keputusan peperiksaan itu.

“PT3 juga sama. Kita harap pelajar memandang perkara ini sebagai satu penilaian untuk membantu ibu bapa dan guru bagj mengetahui tahap prestasi pelajaran mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2018 dan Sumbangan Susu Sekolah kepada Murid-murid Sekolah Rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Teo berkata perkara itu turut mengambil kira tekanan yang dihadapi pelajar yang menduduki peperiksaan serta menegaskan kaunseling sekolah perlu fokus dalam memainkan peranan mereka untuk membantu pelajar.

Dalam perkembangan lain, Teo berkata pihaknya sedang menunggu laporan hasil siasatan daripada pihak polis mengenai berita seorang calon PT3 di Pulau Pinang yang ditemui mati.

“Kita tidak menafikan salah satu punca adalah peperiksaan sekolah tetapi laporan juga perlu untuk kita mengetahui cara untuk menambah baik prosedur atau suasana untuk membantu pelajar,” jelasnya.

Mengenai majlis hari ini, Teo berkata Dutch Lady Malaysia akan membekalkan susu kepada 40 buah sekolah bagi kira-kira 3,000 murid yang tinggal di PPR di sekitar Kuala Lumpur selama tiga tahun serta melihat hasil perkembangan kesihatan murid berkenaan.

Katanya, berdasarkan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Feb lepas, 22 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun yang tinggal di flat kos rendah mengalami pertumbuhan yang terbantut, 15 peratus kekurangan berat badan dan 23 peratus obesiti. – BERNAMA

Tags: sidang mediaTeo Nie Ching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

Lahabau Membawa Maksud Tidak Berguna, Tidak Boleh Diharap

08/11/2021
0

KENYATAAN  kurang bertanggungjawab bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung penggunaan perkataan Lahabau sebenarnya membawa maksud yang sangat negatif...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd