• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lesen Anjur Oktoberfest Dikeluarkan Di Johor – MB

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor tidak akan mengeluarkan permit untuk penganjuran pesta arak atau Oktoberfest di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata bagaimanapun jika ada bukan Islam ingin mengadakan majlis yang melibatkan minuman keras, mereka boleh berbuat demikian di premis yang sudah memiliki lesen.

“Kita (kerajaan negeri) mengikut apa yang berlaku… sebelum ini pun kita tidak pernah mengeluarkan lesen untuk Oktoberfest tetapi kalau dalam kalangan bukan Islam untuk mengadakan macam biasa (minum arak), kita tidak boleh buat apa-apa kerana tempat yang menjual arak sudah sedia ada memiliki lesen.

“Tetapi untuk Oktoberfest kena ada lesen lain. Setakat ini, kita memang tiada keluarkan sebarang lesen untuk penganjuran pesta itu,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Karnival Hari Kantin 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi, di sini hari ini.

Pada masa sama, Osman berkata pesta berkenaan bukan budaya Malaysia dan seharusnya tidak dicontohi oleh mana-mana pihak termasuk bukan Islam di negara ini.

“Ini budaya Jerman, jadi kenapa kita nak terikut-ikut budaya ini yang boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi, tak perlulah kita contohi perkara tidak baik demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat,” tegasnya.

Sementara itu, Osman berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tentang beberapa akaun Facebook yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur fitnah dan provokasi selain menyebarkan berita palsu mengenai beliau selaku menteri besar.

“Armada Bersatu telah buat laporan polis mengenai perkara itu, jadi kita serahkan kepada polis kerana tidak mahu menganggu siasatan,” katanya.

Pada 12 Okt lepas, Ketua Armada Kota Tinggi Shaiful Rizal Mohd Salleh membuat laporan di Balai Polis Johor Bahru Sentral di sini, terhadap beberapa akaun di laman sosial tersebut.

Antara kandungan laman sosial berkenaan ialah ‘Menteri Besar Johor Pengkhianat Orang Kampung’ selain menuduh Menteri Besar Johor mengamalkan politik dendam sehingga membantutkan pembangunan rohani dan jasmani dengan kenyataan “Johor tidak perlukan pembangunan rohani dan jasmani termasuk penggerak masjid dan surau”. -BERNAMA

Tags: Datuk Osman Sapianoktoberfest
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Osman Sapian Meninggal Dunia

22/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia di kediaman anaknya malam tadi selepas lebih dua bulan mendapatkan...

Tiada Kenaikan Elaun Untuk ADUN, Ahli Majlis – MB Johor

09/12/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri hari ini menolak cadangan untuk mengkaji semula elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd