• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Keperluan Tubuh Tribunal Siasat SPR

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama ketika menguruskan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lagi berbangkit dengan pelantikan Azhar Azizan Harun sebagai pengerusinya yang baharu dan pemendekan tempoh jawatan timbalan pengerusi serta empat anggota suruhanjaya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pelantikan Azhar Azizan, seorang aktivis politik sebagai pengerusi yang baharu, juga tidak perlu dikhuatiri kerana pelantikannya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Maka kita faham SPR masa ini sedang menjalankan proses pembaharuan yang mana satu era baharu akan dipimpin pengerusi baharu dan saya yakin beliau akan menambah baik lagi proses SPR dan memberi idea-idea untuk mereformasikan SPR dan juga menyelesaikan masalah-masalah terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku SPR terutama ketika menguruskan PRU14 dan untuk tujuan pemecatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 114 (3) dan 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini, SPR mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh perkhidmatan Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood dan empat anggota suruhanjaya iaitu Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong telah dipendekkan sehingga 1 Jan 2019.

Liew berkata mengenai isu-isu berkaitan PRU14 yang membelenggu SPR seperti isu borang 14, perkara itu telah dimasukkan dalam petisyen pilihan raya dan mahkamah telah membuat keputusan. – BERNAMA

Tags: Liew Vui KeongSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd