• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kerja Pembinaan Ketika Tanah Runtuh

oleh
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ketika kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini hari ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja bagi projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit bagi projek itu terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon pada Khamis lepas, iaitu satu kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh.

“Oleh kerana arahan menghentikan kerja’ masih berkuatkuasa, kegiatan kerja sudah berhenti. Saya dimaklumkan pihak kontraktor telah memberi laporan kepada DOSH pagi tadi dalam mesyuarat dengan DOSH untuk memberi makluman tentang apa-apa kerja mitigasi yang perlu diambil.

“Mereka perlu menghantar laporan petang ini tetapi sebelum laporan dihantar kejadian tanah runtuh ini berlaku dan pihak kontraktor dan pekerja sememangnya dalam tempoh tidak dapat melakukan kerja kerana sudah ada ‘arahan menghentikan kerja’,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Terdahulu, Chow bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dan Exco Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri ​​​​​​​Yeoh Soon Hin meninjau lokasi kejadian.

Projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta itu dijangka tertangguh ekoran kejadian di tapak pembinaannya yang melibatkan sebanyak 14 rasuk konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng pada Khamis lepas.

Projek itu, yang telah dimulakan pada 2016 dilaksanakan oleh tiga pihak sebagai langkah penjimatan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd manakala kejadian itu berlaku dalam bahagian yang di bawah kendalian MBPP.

Chow berkata projek itu dijangka siap pada 2020.

Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan terdapat pengairan di lereng bukit dipercayai menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh itu.

“Kita nampak memang ada air mengalir keluar dari lereng bukit ke bawah dan saya percaya cuaca hujan menjadi salah satu sebab (kejadian tanah runtuh),” katanya.

Dalam pada itu, Chow berkata kerajaan negeri menzahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap kejadian yang menimpa mangsa dalam kejadian itu.

“Saya berasa amat sedih mendapati ada mangsa yang terkorban dan setakat ini dua pekerja telah disahkan meninggal manakala seorang lagi dapat diselamatkan,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berhubung kejadian itu, Chow berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.

Dua maut dan seorang cedera manakala sekurang-kurangnya 10 lagi mangsa iaitu pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar itu masih tertimbus di bawah timbunan tanah runtuh. – BERNAM

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd