• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Aduan Politik Wang Dalam Parti- Saifuddin Nasution

oleh
16/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PKR setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan politik wang sepanjang pemilihan parti berlangsung, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya sekiranya mana-mana anggota PKR mempunyai maklumat mengenai salah laku tersebut, mereka perlu segera mengemukakan aduan.

“Buat masa sekarang ketika interview ini dibuat, Pejabat Setiausaha Agung masih belum menerima sebarang aduan. Apakah ia benar-benar berlaku atau tidak, hanya anggota parti di bawah sahaja yang tahu.

“Dan kalau itu berlaku saya anjurkan mereka angkat aduan segera,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Tabung Bencana Sulawesi di Menara SSM, di ibu negara hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR dan beliau menyeru anggota parti untuk menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu.

Saifuddin Nasution berkata budaya politik wang yang menghancurkan UMNO sebagai parti utama yang memerintah negara sebelum ini tidak akan dibenarkan sama sekali bertapak dalam PKR.— BERNAMA

Tags: Saifuddin Nasution Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd