• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Perak Kenduri Gol – Mehmet

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengendali Perak, Mehmet Durakovic mengakui terkejut dan tidak menjangkakan pasukannya mampu berpesta gol dalam pertemuan menentang Sabah bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018, di Stadium Ipoh, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, aksi dipamerkan anak didiknya cukup cemerlang dan ia dibuktikan dengan serangan bertali arus yang dilancarkan ke kubu lawan sepanjang perlawanan.

“Ini adalah keputusan yang cukup baik untuk dibawa ke Likas (Sabah) nanti bagi aksi timbal balik. Secara keseluruhan, saya berbangga dengan aksi yang dipamerkan kesemua pemain.

“Mereka mengikut arahan yang direncanakan dan paling penting tidak mensia-siakan peluang untuk menghasilkan jaringan,” katanya pada sidang media sejurus selesai perlawanan, di sini, malam tadi.

Dalam pertembungan itu, Perak yang turun tanpa khidmat ketua pasukan, Mohamad Nasir Basharuddin berpesta gol apabila membenam skuad Sang Badak 5-0 melalui jaringan Mohd Nor Hakim Hassan minit ke-16, Wander Luiz Junior (minit-42), Gilmar Da Silva (minit-73), Muhammad Firdaus Saiyadi (minit-76) dan Leandro Dos Santos (minit-92).

Bagaimanapun, Mehmet menjelaskan beliau tidak mahu terlalu selesa dengan kelebihan yang dimiliki selain akan terus fokus untuk mengekalkan momentum kemenangan pasukannya dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, 21 Okt ini.

“Kami ada rehat lebih kurang dua minggu sebelum aksi kedua. Mungkin dalam tempoh tersebut kami akan mempersiapkan pasukan terutama sama ada mengekalkan skuad sedia ada atau menurunkan barisan simpanan,” katanya.

Pemain Perak, Mohd Nor Hakim Hassan berkata beliau optimis Perak mampu menempah slot ke perlawanan akhir dengan kelebihan gol yang dimiliki.

Beliau yang terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan turut menghamburkan pujian terhadap semangat juang yang ditonjolkan rakan sepasukan dalam memburu gol di laman sendiri.

Sementara itu, jurulatih Sabah Jelius Ating berkata beliau kecewa dengan persembahan yang ditonjolkan pasukannya dalam keseluruhan permainan itu.

Katanya, rata-rata pemain tidak menunjukkan karakter untuk memenangi perlawanan dan ia dihukum dengan jaringan demi jaringan yang dihasilkan barisan serangan pasukan Perak.

“Secara keseluruhan, ini bukan prestasi sebenar pasukan kami. Bolos dengan jaringan besar seumpama ini nyata membunuh semangat anak buah saya. Saya akui untuk aksi kedua di Likas nanti ia sememangnya sukar, ” katanya. – BERNAMA

Tags: Mehmet DurakovicPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd