• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Suapan: Pegawai Kanan Polis Direman 5 Hari

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk yang bertugas di Bukit Aman direman selama lima hari kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM103,000.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga 30 Oktober ini.

Terdahulu, pegawai kanan berumur 56 tahun berpangkat Senior Asisten Komisioner itu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan berpakaian reman lokap SPRM.

Suspek ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 7.10 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek ketika bertugas sebagai pengarah di sebuah jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki meminta dan menerima wang rasuah berkenaan antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu.

Katanya, suspek yang kini telah bertukar jawatan dan jabatan didakwa meminta habuan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengambil upah dalam urusan pengurangan saman di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- UTUSAN ONLINE

Tags: terima suapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbicaraan Kes Bekas CEO SSM 9 Mac Depan

18/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes menerima suapan, menyalahgunakan kuasa dan bersubahat membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia...

Hakim, Timbalan Pendakwa Raya, Peguam Dituduh Terima Suapan

06/11/2019
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Sesyen, Azmil Muntapha Abas, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azhwa Yusrie Mohamad dan Noor Amirul Nazreen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd