• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Terima Kasih Dr. Mahathir” – Nik Abduh

oleh
26/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.

Nik Abduh berkata perkara itu berada di luar jangkaannya memandangkan kerajaan negeri itu telah dinafikan hak sejak sekian lama.

“Saya pernah berjumpa dengan Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Yang Berhormat dari Pekan dan mereka masih bersetuju bahawa Kelantan tidak ada hak ke atas royalti tersebut yang diperjuangkan oleh PAS.

“Agak susah untuk dua perdana menteri membuka kunci besar yang telah dikunci oleh YB Langkawi. Tetapi takdir Allah bahawa​​​​​​ kunci yang begitu kukuh itu akhirnya Allah hantar YB Langkawi semula untuk membukanya. Itu takdir yang tak mampu saya fikirkan sebelum ini.

“Oleh itu, saya nak ucap terima kasih kepada YB Langkawi,” katanya dalam perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mengakui pernah bersifat pesimis terhadap Dr Mahathir serta janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya lalu untuk memberi royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak di negara ini.

Nik Abduh yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata kesungguhan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir itu dipuji berikutan Kelantan tidak menerima royalti minyak sebaliknya menerima wang ehsan sejak 2010. – BERNAMA

Tags: royalti minyak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sindiket Perjudian Online Global Tumpas

Next Post

Takiyuddin Hassan Dilantik Naib Presiden KAFA

Related Posts

Jika PN Jadi Kerajaan, Kelantan Dapat Royalti Minyak – Muhyiddin

Jika PN Jadi Kerajaan, Kelantan Dapat Royalti Minyak – Muhyiddin

22/10/2022
0

Perikatan Nasional (PN) berjanji membayar royalti minyak sepenuhnya kepada Kelantan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU ke-15 nanti. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Royalti Minyak Antara 4 Perkara MA63 Belum Dipersetujui

10/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini dimaklumkan 17 daripada 21 perkara yang dikemukakan kerajaan Sarawak dan Sabah dalam mesyuarat...

Next Post

Takiyuddin Hassan Dilantik Naib Presiden KAFA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd