• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teman Lelaki Tanam Bayi Kekasih Ditahan

oleh
13/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki yang dipercayai menanam mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya awal pagi semalam, menyerah diri kepada polis di Balai Polis Bukit Mertajam, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya melarikan diri selepas dia menghantar teman wanitanya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) berikutan wanita berkenaan mengalami pendarahan selepas bersalin.

“Polis melancarkan gerakan mengesan lelaki itu, namun tidak menemuinya sebelum dia datang ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk menyerah diri kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Ekoran penahanan lelaki itu, polis membawanya ke tanah perkuburan di Bagan Dalam, Butterworth untuk mencari mayat bayi teman wanitanya yang ditanam di situ, namun tidak menemuinya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu mendakwa dia tidak ingat lokasi sebenar mayat bayi berkenaan ditanam di tanah perkuburan itu kerana dia dalam keadaan panik dan persekitaran di situ gelap.

Katanya sepasukan polis bersama bahagian forensik mengambil masa lebih lima jam hingga awal pagi ini untuk mencari lokasi sebenar mayat bayi itu ditanam, bagaimanapun tidak berjaya dan usaha tersebut diteruskan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Semalam, seorang wanita dilapor melahirkan bayi di rumah teman lelakinya di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini namun bayi yang dikatakan telah meninggal dunia itu dilaporkan ditanam lelaki berkenaan di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam.

Berdasarkan siasatan, wanita itu mendakwa dia melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat itu ketika kandungannya berusia lima hingga enam bulan awal pagi semalam, dan bayi itu dikatakan telah meninggal dunia.

Pasangan yang bekerja di sebuah hotel di George Town itu kemudian dikatakan membalut bayi berkenaan dengan kain pelekat sebelum menaiki motosikal ke tanah perkuburan di Bagan Dalam untuk menanamnya.

Doktor yang merawat wanita berusia 22 tahun itu mengesahkan terdapat kesan luka bersalin dan rahimnya juga kembang kesan daripada bersalin dan dia masih menerima rawatan lanjut di HSJ. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Ujian Laksa Di Baling Sehari Dua Lagi

Next Post

KAFA Jumpa FAM Isnin Ini Selesai Isu Lesen Liga Malaysia

Related Posts

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

01/06/2025
0

MUAR: Bayi perempuan yang menjadi mangsa nahas di Kilometer 144.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pada Isnin lalu, menghembuskan nafas...

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

Jabatan Kesihatan Melaka Diarah Siasat Dakwaan Bayi Demam Panas Dibiarkan 11 Jam – Exco

12/05/2025
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam...

Next Post

KAFA Jumpa FAM Isnin Ini Selesai Isu Lesen Liga Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd