• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TDM Pantau Jenayah Sempadan Di Sabah & Sarawak

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tentera Darat Malaysia (TDM) akan memperkuatkan lagi keanggotaannya dalam usaha memantau jenayah rentas sempadan, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Panglima Medan Timur TDM, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata dalam perancangan dua batalion akan dipindahkan ke Sabah manakala tiga lagi akan kekal di negeri ini.

“Itu adalah perkembangan dari segi pembangunan medan timur, dengan itu kita harap perbatasan di Sabah dan Sarawak lebih kukuh, kita boleh memantau apa yang berlaku di sempadan,” katanya pada sidang media selepas perbarisan sempena Lawatan Penghargaan Panglima Medan Timur TDM ke Markas Tiga Briged Infantri di Kem Muara Tuang di sini, hari ini.

Hadir sama, Panglima Tiga Briged, Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan keamanan negara.

“Tanpa keamanan maka tidak akan ada pembangunan, jadi, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, elakkan diri anda daripada terlibat dengan apa-apa perkara yang boleh mengancam serta mengganggu gugat keamanan negara,” katanya. –BERNAMA

Tags: JenayahTentera Darat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

Mohammad Dijangka Dilantik Panglima Angkatan Tentera Esok

05/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Beberapa tampuk kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan berlaku perubahan ekoran Panglimanya, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd