• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: SAR Diteruskan Selepas Pemeriksaan JMG

oleh
21/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pasukan penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Saadon Moktar berkata ketika ini pasukan JMG sedang membuat pemeriksaan di kawasan tanah runtuh bagi melihat sama ada terdapat sebarang pergerakan tanah di situ sebelum membenarkan pasukan penyelamat menyambung semula SAR hari ini.

“Selain itu, pasukan JMG akan membuat beberapa pemeriksaan lanjut termasuk beberapa kemungkinan lain sebelum membenarkan kami meneruskan operasi SAR untuk mencari lima mangsa yang masih tertimbus.

“Kami harap cuaca hari ini baik agar dapat meneruskan operasi di sektor ketiga yang dipercayai kemungkinan lima lagi mangsa tertimbus itu berada di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 100 anggota dan pegawai pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi seperti bomba, pasukan SMART, polis dan Angkatan Pertahanan Awam telah bersiap sedia untuk meneruskan operasi SAR yang masuk hari ketiga hari ini.

Mereka yang masih hilang ialah Subairi warga Indonesia dan empat warga Bangladesh dikenali sebagai Mithu Hossain, 30, Mohamad Abd Jalil, 31, Ujal, 33, dan Rahat, 25.

Kejadian tanah runtuh yang dilapor pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan empat pekerja asing maut, tiga cedera manakala lima lagi dikhuatiri masih terperangkap di dalam runtuhan tanah.

Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Petang Jumaat dua mayat ditemukan iaitu lelaki Indonesia Samsul Asman, 19, dan lelaki Bangladesh Attrul, 35, manakala mayat Khin Aye Khaing, 33, wanita Myanmar ditemukan pukul 1.30 pagi Sabtu dan mayat keempat Bahtiar, 36, lelaki Indonesia ditemukan pada 11.55 pagi. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd