• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: J/K Khas Mula Siasat Minggu Ini

oleh
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kerajaan Pulau Pinang untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh di pembinaan jalan berkembar Paya Terubong pada 19 Oktober lalu akan mulakan siasatan minggu ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu berkata, laporan penuh siasatan insiden itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

“Kita harap dapat bagi laporan secepat mungkin sebab ketua menteri pun dah bagi komitmen bahawa kerajaan negeri akan membuat tindakan susulan secepat mungkin. Pihak lain pun dah mula prosiding siasatan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), polis dan pihak berwajib yang lain.

“Minggu ini kita akan mulakan, kita kumpulkan orang-orang yang terlibat. Saya harap kita dapat siapkan secepat mungkin, dianggarkan sebulan lebih dapat tentukan hasil penemuan,” katanya selepas merasmikan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari di sini, hari ini.

Rabu lalu, Pulau Pinang mengumumkan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh itu yang turut dianggotai Exco Kerja Raya, Zairil Khir Johari; seorang jurutera daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan wakil Institut Kejuruteraan Malaysia negeri.

Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di tapak projek jalan berkembar itu mengakibatkan sembilan pekerja asing maut manakala empat cedera.

Insiden berkenaan adalah kejadian kedua seumpamanya berlaku di negeri ini selepas tanah runtuh di projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun lalu meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan 10 warga asing.

Ditanya mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan, Penang Forum, supaya kerajaan negeri mengambil dua ahlinya untuk menyertai jawatankuasa khas itu, Ahmad Zakiyuddin berkata jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan itu bukan satu suruhanjaya.

“Jangan salah anggap ini adalah satu suruhanjaya. Ini satu jawatankuasa untuk menasihati dan memberi maklumat kepada kerajaan negeri, setakat itu sahaja. Sebab kalau kerajaan negeri dapat maklumat daripada berbagai pihak sekarang ini agak sukar untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Kita (jawatankuasa) ini adalah sebahagian daripada Exco yang akan menyiasat dan membuat kesimpulan bagi pihak Exco keseluruhannya. Kita cuma memberi nasihat kepada Exco saja. Exco boleh ambil tindakan lagi dan menggunakan penemuan yang diperoleh nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPR Pamer 32,163 Pemilih Berstatus Tidak Aktif Dalam Rekod JPN

Next Post

Ahli Keluarga Diminta Tampil Kenal Pasti Mayat

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post

Ahli Keluarga Diminta Tampil Kenal Pasti Mayat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd