• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Bomba Perlukan Jengkaut Lebih Besar Untuk Alih Tanah

oleh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lapan puluh peratus daripada 9,290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini telah dialihkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata 20 peratus lagi tanah yang berada di sektor ketiga dijangka dapat dialih dalam tempoh dua hari kerana beberapa kesukaran di kawasan berkenaan.

“Sektor ketiga melibatkan kawasan timbunan tanah runtuh yang tinggi iaitu kira-kira 20 meter dan kami perlu gunakan jengkaut yang lebih besar bagi mengalihkan tanah-tanah itu hingga ke dasar.

Kami harap dapat temui dua lagi lelaki Bangladesh yang dikhuatiri masih hilang di kawasan berkenaan dan fokus pasukan penyelamat memang mencari mereka yang dikenali sebagai Ujal, 25, dan Rahat, 33, itu, ” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk operasi SAR dua lelaki Bangladesh itu dan akan menjalankan operasi sehingga berpuas hati tiada lagi mangsa di lokasi kejadian.

Mohamad Shoki berkata ketika ini Unit Anjing Pengesan (K-9) telah mengenal pasti satu lagi lokasi di sektor ketiga yang kemungkinan terdapat mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Dengan cuaca baik hari ini, kami harap dapat menjalankan operasi SAR berterusan sehingga dua mangsa yang dilapor hilang itu ditemui. Pasukan penyelamat akan memberhentikan operasi jika hujan,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan di lokasi tanah runtuh itu tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR.

Sehingga pukul 5 petang ini, lapan mayat telah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, empat lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala dua lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd