• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahrir Al-Sham Beri Isyarat Terima Perjanjian Damai

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Kumpulan pemberontak utama Syria memberi isyarat bahawa mereka akan mematuhi syarat perjanjian Russia-Turki bagi mengelakkan serangan kerajaan ke atas Idlib.

Tahrir al-Sham, kumpulan dibentuk bekas sekutu al-Qaeda di Syria yang sebelum ini dikenali sebagai Nusra Front berkata mereka menerima syarat itu selepas mengambil masa untuk berunding.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas akan mematuhi syarat berkenaan, Tahrir al-Sham berkata mereka akan berusaha memberikan keselamatan untuk penduduk di kawasan yang dikuasai dan menghargai usaha diambil bagi melindungi lokasi itu, merujuk kepada Turki.

“Kami menghargai semua usaha tempatan dan antarabangsa untuk melindungi kawasan ini dan menghalang sebarang pencerobohan,” kata kumpulan terbabit dalam satu kenyataan.

“Tapi kami pada masa sama memberi amaran untuk berjaga-jaga dengan muslihat Russia atau percaya pada niat mereka,” tambah kenyataan itu.

Kumpulan berkenaan juga berkata mereka ‘tidak akan lupa’ kepada bantuan asing yang tiba selama ini.

Satu lagi kumpulan pemberontak utama di Idlib adalah kumpulan sekutu Turki dikenali sebagai Barisan Pembebasan Nasional terlebih dahulu menyatakan sokongan terhadap perjanjian itu.

Ia membabitkan pembentukan zon bebas tentera sejauh 15-20 kilometer ke dalam wilayah pemberontak yang perlu dikosongkan dari sebarang senjata berat dan semua kumpulan pemberontak menjelang hari ini.

Turki selama ini berusaha meyakinkan Tahrir al-Sham untuk menyetujui perjanjian diatur dengan sekutu utama kerajaan Syria iaitu Russia bagi mengelakkan serangan yang boleh membawa kepada gelombang pelarian ke negara mereka. – Reuters/BH ONLINE

Tags: pemberontakSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Pemberontak Masuk Damsyik, Presiden Bashar Tinggalkan Ibu Negara

Pemberontak Masuk Damsyik, Presiden Bashar Tinggalkan Ibu Negara

08/12/2024
0

DAMSYIK: Presiden Syria Bashar al-Assad menaiki pesawat dan meninggalkan Damsyik ke destinasi yang tidak diketahui pada Ahad, kata dua pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd