• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Harapan Malaysia Ditutup 31 Dis

oleh
29/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tabung Harapan Malaysia (THM) akan ditutup pada pada 31 Disember ini, umum Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menutup Akaun Amanah THM pada 31 Disember, setelah tujuh bulan ditubuhkan.

“Semua rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan derma bolehlah melakukannya sebelum 31 Disember,”katanya.

THM ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei untuk menerima dan memperakaunkan wang derma dan sumbangan daripada mana-mana orang perseorangan dan syarikat bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara.

Selaras dengan perkara tersebut, mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei bersetuju dengan penubuhan THM di bawah peruntukan subseksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).

Lim berkata Jabatan Audit Negara (JANM) akan mengaudit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah THM bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegriti.

Pelantikan firma audit luaran oleh Kementerian Kewangan bagi tujuan mengaudit akaun THM juga dibuat selaras dengan Seksyen 7 Akta Audit 1957, katanya.

“Ini adalah kerana THM melibatkan dana yang disumbang oleh rakyat untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion ekoran skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan kerajaan komited untuk terus telus dengan setiap sen yang diterima,”katanya.

Menurut Lim, jumlah terkumpul THM sehingga 3 petang hari ini (29 Okt) adalah sebanyak RM196,322,746.30 yang merangkumi sumbangan yang diterima daripada mana-mana orang, organisasi atau badan serta faedah daripada pelaburan simpanan tetap yang ditadbir oleh JANM.

Lim berkata kerajaan juga merafak sembah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di atas sumbangan baginda kepada THM.

Lim berkata walaupun jumlah yang disumbang oleh rakyat Malaysia daripada hasil titik peluh mereka masih tidak boleh dibanding dengan hutang yang diwarisi kerajaan namun THM akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara.

“Keikhlasan kerajaan untuk memastikan sumbangan THM adalah berdasarkan keprihatinan kepada situasi hutang negara dicerminkan dengan penolakan tawaran sebuah syarikat negara asing untuk menderma RM100 juta kerana disyaki ada niat tertentu di sebalik sumbangan tersebut,”katanya. – BERNAMA

Tags: Tabung Harapan Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Akaun Putuskan Guna Wang THM

07/02/2019
0

PUTRAJAYA - Sebuah Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir akan memutuskan penggunaan wang Tabung...

Kerajaan Amat Hargai Sumbangan Rakyat Kepada Tabung Harapan

23/12/2018
0

PUTRAJAYA - Menjelang penutupan rasmi Tabung Harapan Malaysia (THM) yang berkuatkuasa pada 31 Disember 2018, kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd