• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabika Kemas Kg Tanura Akan Dapat Bangunan Baharu

oleh Cj Mnh
25/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk membangunkan sebuah bangunan baru khusus buat Tabika Kemas di Kampung Tanura di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar ketika mengumumkan perkara itu berkata beliau berharap projek pembinaan bangunan baru itu dapat dimulakan selewat-lewatnya tahun depan, melihat kepada keperluannya yang mendesak ketika ini.

Dalam menyuarakan penghargaan kepada kerajaan persekutuan terhadap peruntukan itu, beliau turut berharap banyak lagi peruntukan dapat disalurkan untuk membina lebih banyak Tabika Kemas di Sabah, bagi memastikan aspek pendidikan peringkat awal kanak-kanak terpelihara.

“Bangunan baharu Tabika Kemas di kampung ini akan membolehkan anak-anak di sini belajar dalam suasana yang lebih selesa nanti,” katanya selepas merasmikan program Lestari (Kemas) Peringkat Negeri di Kampung Tanura di sini baru-baru ini.

Hadir sama dalam majlis pagi ini ialah Ketua Pengarah (Kemas) Datuk Amiruddin Arrifin, Timbalan Ketua Pengarah (Kemas) Ahmad Kamal Nizam Nawawi dan Pengarah (Kemas) Negeri Sabah Sarulnizam Jantan. – BERNAMA

Tags: bangunan baharuTabika Kemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

Cadang Struktur Tangga Gaji Tenaga Pengajar Tabika Kemas

31/05/2023
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang untuk melakukan penstrukturan tangga gaji tenaga berasaskan kelulusan pengajar Taman Bimbingan...

Penjawat Awam Perlu Pertahan Kerajaan

Kenaikan Elaun Pembantu Tabika Kemas Diketahui Hujung Tahun

16/08/2022
0

Putrajaya : Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diketahui selewat-selewatnya hujung tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd