• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Maut, 2 Lagi Cedera Nahas Di Sepang

oleh
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang suri rumah maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Salak – Jenderam, di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, wanita berusia 50 tahun itu merupakan pemandu kenderaan jenis Toyota Innova meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang lelaki dalam kenderaan sama mengalami kecederaan di bahagian muka.

Seorang lagi pemandu MPV jenis Toyota Avanza mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata siasatan awal polis mendapati kenderaan dipandu suri rumah itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Toyota Avanza.

“Kejadian itu berlaku di jalan lurus dan mendaki. Permukaan jalan kering, cahaya terang siang. Kedua-dua kenderaan rosak teruk di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat manakala kedua-dua yang cedera mendapat rawatan di hospital yang sama. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd