Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Semakan Berkala Pastikan Kualiti...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan semakan berkala kandungan dan...

Tanah Runtuh Di Miri,...

MIRI - Lima sekeluarga mengalami detik cemas apabila tanah runtuh berlaku berhampiran kediaman...

26 Maut Dalam Kebakaran...

BUCHAREST - Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam kebakaran...

Bekas Anggota Parlimen Tambun...

IPOH - Bekas anggota Parlimen Tambun Datuk Yahaya Shafie, 83, meninggal dunia akibat...

Sultan, Sultanah Kedah Berangkat Istiadat Ziarah Makam

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff hari ini berangkat ke Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar di sini.

Istiadat itu bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober depan di Istana Anak Bukit di sini.

Turut berangkat Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Datin Seri Diraja Puan Seri Datuk Nora Abdullah serta Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria serta pemimpin-pemimpin kerajaan negeri yang lain juga hadir sama istiadat berkenaan.

Istiadat Ziarah Makam itu dimulakan dengan majlis tahlil dan bacaan doa yang dipimpin Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang selepas keberangkatan tiba Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha.

Sebelum itu Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah sebagai Ketua Istiadat mengadap Sultan Sallehuddin memohon perkenan untuk memulakan Istiadat Ziarah Makam berkenaan.

Selepas selesai majlis tahlil dan bacaan doa itu baginda bersama Raja Muda Kedah, berangkat menziarahi 11 makam Sultan Kedah terdahulu termasuk makam bonda Sultan Sallehuddin, Almarhumah Tunku Ampuan Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman.

Sultan Sallehuddin dan Tengku Sarafudin Badlishah berangkat memulakan istiadat itu dengan mula menziarah makam Sultan Kedah Ke-25 Almarhum Sultan Zainal Rasyid Mu’adzam Shah II bersama Menteri Besar Kedah, kemudiannya berangkat ke makam Sultan Kedah Ke-24 Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Selepas itu baginda berdua berangkat menziarahi makam ketiga iaitu Sultan Kedah Ke-18 Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I; seterusnya ke makam keempat makam Sultan Kedah Ke-20 Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah;

Setelah itu baginda berdua berangkat ke makam kelima makam Sultan Kedah Ke-19 Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II; makam keenam makam Sultan Kedah Ke-22 Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dan makam ketujuh makam Sultan Kedah Ke-23 Almarhum Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah I.


Mufti Kedah diiringi dua Pegawai Agama membaca doa ke atas kesemua makam Almarhum Sultan berkenaan yang berada di bahagian makam lama.

Kemudian baginda berdua berangkat menziarahi makam kelapan makam Sultan Kedah Ke-26 Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Syeikh Fadzil diiringi dua Pegawai Agama membaca doa ke atas makam Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Sultan Sallehuddin dan Raja Muda, selepas itu berangkat menziarahi makam kesembilan makam Sultan Kedah Ke-27 Almarhum Sultan Badlishah.

Setelah itu baginda berdua berangkat menziarahi makam kesepuluh makam Sultan Kedah Ke-28 Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan makam terakhir iaitu makam Almarhumah Tunku Ampuan Asma.

Doa turut dibaca Syeikh Fadzil bersama dua Pegawai Agama ke atas ketiga-tiga makam berkenaan.

Sultan Sallehuddin turut menabur bunga rampai dan menyiram air mawar ke atas kesemua makam yang diziarahi baginda dan Raja Muda dalam istiadat itu.

Setelah menziarah kesemua makam itu Sultan Sallehuddin dan Raja Muda berangkat bersemayam di Pentas Diraja. Syed Unan Mashri mengadap bagi memohon perkenan Sultan Kedah itu untuk menamatkan Istiadat Ziarah Makam sebelum baginda Sultan dan Sultanah berangkat pulang.

Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 itu membabitkan beberapa istiadat iaitu bermula dengan Istiadat Letak Kerja diikuti Istiadat Ziarah Makam hari ini, Istiadat Siram Tabal (14 Oktober), Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan (20 Okt) dan Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 (22 Oktober). – BERNAMA

Kategori