• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stevie Chan Nafi Ditaja Tun Mahathir, Azmin

oleh
03/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Bebas Stevie Chan Keng Leong menepis dakwaan kononnya beliau ditaja oleh individu berkepentingan termasuklah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD).

Tegasnya, beliau bukanlah calon PRK yang ‘ideal’ untuk ditaja oleh mana-mana pihak berkepentingan.

“Ramai kata saya bertanding kerana ditaja oleh Azmin ( Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) la…Tun M (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) la…ada kata UMNO dan ada juga kata MCA.

Secara tegasnya saya menolak semua dakwaan tidak berasas ini…saya tak kenal mereka secara peribadi,” katanya pada sidang media di Bagan Pinang, hari ini.

Chan menyifatkan beliau adalah berbeza dengan calon lain kerana tidak mempunyai bilik gerakan, berkempen dengan jentera yang dianggotai hanya lima orang sahaja dan mempersoalkan bagaimana pula timbul tanggapan beliau ditaja.

Sebelum ini, seorang lagi calon Bebas yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut menafikan dakwaan ditaja Perdana Menteri untuk bertanding pada PRK itu.

Stevie dan Mohd Isa adalah dua daripada lima calon Bebas yang meneNtang calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dalam saingan tujuh penjuru merebut kerusi parlimen itu.

Calon Bebas lain ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Kan Chee Yuen dan calon wanita tunggal, Lau Seck Yan.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, bertanding untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Pengundi Port Dickson terdiri daripada 43 peratus Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus dari sejumlah 77,750 pengundi keseluruhan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi adalah pada 13 Okt ini, manakala hari pengundian awal 9 Okt. – BERNAMA

Tags: Azmin AliMahathir MohamadPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buat Lawak Bodoh Di Twitter, Nik Nazmi Teruk Dikecam

Next Post

PM Sokong Hab Penerbangan Di NS – Aminuddin

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

PM Sokong Hab Penerbangan Di NS - Aminuddin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd