• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Jangka 70% Peratusan Keluar Mengundi PRK Port Dickson

oleh
09/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan pengundi sekitar 70 peratus pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang dijadualkan pada 13 Okt.

Pengerusi SPR Azhar Harun berkata ini berdasarkan kepada faktor termasuk calon-calon yang nampaknya menjadi tarikan kepada pengundi di kawasan itu.

“Ada calon yang benar-benar kuat … (dengan) latar belakang yang berlainan dan kumpulan pengundi berlainan yang menyokong mereka,” katanya dalam program bual bicara terbitan Astro Awani malam ini.

Beliau menjangkakan angka-angka itu akan lebih tinggi daripada pilihan raya kecil Sungai Kandis dan Balakong sebelum ini yang mencatatkan peratusan pengundi yang rendah.

PRK parlimen Port Dickson merupakan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mengenai dakwaan bahawa PRK Port Dickson adalah pembaziran wang awam, Azhar berkata di bawah undang-undang, anggota parlimen (MP) boleh mengosongkan kerusi pada bila-bila masa tanpa apa-apa sebab.

“Jadi, di sini seorang ahli Parlimen yang terpilih memutuskan untuk mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan (sebagai calon) pada pilihan raya kecil. Jadi di bawah undang-undang, dia boleh berbuat demikian dan dia berbuat demikian yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan. SPR mengambil perhatian bahawa terdapat kekosongan ketrusi itu dan kita perlu mengadakan pilihan raya kecil, ” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Port DicksonSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd