• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Akan Perkemas Peraturan Pilihan Raya

oleh
14/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperketat dan memperkemaskan peraturan berkempen semasa pilihan raya berikutan terdapat kelonggaran yang boleh dipertikaikan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata undang-undang sedia ada adalah kurang jelas dan boleh dipersoalkan dengan interpretasi yang berbeza.

Menurutnya, beliau akan memulakan agenda reformasi undang-undang tersebut secepat mungkin dengan mengadakan satu perbincangan pada Isnin depan.

“Pihak SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan oleh itu menurut saya kita perlu kemas kini undang-undang supaya peraturan sedia ada lebih jelas.

“Calon-calon yang terlibat dalam pilihan raya pun akan tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, sekarang ini agak longgar dan bergantung terbuka pada interpretasi,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, malam ini.

Keputusan PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menang bergaya selepas memperoleh majoriti besar sebanyak 23,560 undi sekaligus menewaskan enam pencabarnya.

Sementara itu, Azhar berkata lima calon Bebas yang bertanding telah hilang wang pertaruhan mereka.

Katanya lima calon Bebas itu ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leng; calon wanita tunggal yang juga bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan; serta pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua calon terutama calon Bebas lima orang ini yang membuktikan amalan demokrasi kita matang dan robust (rancak).

“Pertandingan pilihan raya seperti ini boleh diteruskan pada masa akan datang demi amalan demokrasi yang lebih baik dan subur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azhar Azizan HarunSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd