Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Ronaldo Beri Sebab Jadi...

CRISTIANO Ronaldo menegaskan dia adalah pemain terbaik dunia kerana berjaya membuktikan kemampuan dirinya...

Minta Sekolah Tak Sembunyi...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu pentadbiran sekolah segera melaporkan sebarang...

Yatt Hamzah Kenal Bakal...

PENGACARA Yatt Hamzah, 36, memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan Mohammad Zulfadli Khiruddin,...

Dua Lokasi Dikenal Pasti...

KUALA LUMPUR - Dua kawasan di Lembah Klang dikenal pasti sebagai lokasi pembinaan...

Skim Subsidi Luar Bandar Baharu Untuk Sarawak

MIRI – Kerajaan akan memperkenalkan skim subsidi luar bandar baharu di Sarawak bagi mengurangkan masalah ketirisan selain meningkatkan keberkesanan pemantauan sistem tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata antara yang dikaji semula ialah subsidi pengangkutan barangan ke kedai di luar bandar.

“Banyak ketirisan berlaku khususnya subsidi pengangkutan barangan ke Point of Sales’ (POS) di luar bandar kerana masalah pemantauan akibat kekurangan kakitangan penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan Ops Catu 5.0 bersempena pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2.0 di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Chong berkata terdapat kira-kira 1,600 POS atau kedai jualan di luar bandar di Sarawak yang menjual barangan harian namun adalah mustahil pihak penguatkuasaan kementerian dapat melakukan pemantauan harian atau mingguan kerana kebanyakan POS berada di kawasan terpencil.

“Ada lokasi POS mengambil masa dua hari untuk pergi dan balik kerana terlalu jauh,” katanya.

Mengambil contoh Miri, beliau berkata terdapat 336 POS di luar bandar namun hanya anggota penguat kuasa hanya seramai 18 orang untuk memantau keberkesanan skim subsidi luar bandar.


Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan subsidi baharu itu, Chong berkata perbincangan dengan semua pemegang taruh termasuk penduduk setempat akan diadakan sebelum skim subsidi distrukturkan semula.

Mengenai pemeriksaan Ops Catu 5.0 pada hari ini, beliau berkata sejak pelaksanaan SST pada 1 Sept lalu, majoriti barangan harian dijual pada harga lebih murah berbanding semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Berdasarkan pemeriksaan ke atas 30 barangan dijual di pasar raya ini didapati ada penurunan harga,” katanya.
BERNAMA

Kategori