• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha PAN Kawasan Rasah Maut Kemalangan

oleh
30/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Parti Amanah Negara (PAN) kawasan Rasah meninggal dunia apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di KM 288.3 Lebuhraya Plus, arah Utara berdekatan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi, kereta jenis Honda City dipandu Abu Hanifah Mohd Kamal, 35, menuju ke ibu negara dari Nilai dipercayai dilanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata siasatan awal mendapati tayar lori itu dipercayai pecah sebelum terbabas lalu melanggar kereta mangsa serta sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Myvi dan pemandu lori cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, di Seremban, Naib Presiden PAN, Dr Hasan Bahrom dilaporkan berkata jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Rasah selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Sheikh Hj.Mohd Said.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan seorang orang anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia lapan dan empat tahun.

Dr Hasan berkata pemergian Abu Hanifah yang juga Pengarah Pembangunan Kepimpinan Pemuda PAN Negeri Sembilan merupakan suatu kehilangan besar buat PAN Negeri Sembilan.

Beliau berkata arwah merupakan seorang anggota parti yang begitu komited memperjuangkan pergerakan parti itu sejak ditubuhkan kira-kira dua tahun lepas. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd