• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serik Menunggu, Bimbang Terlewat, Mengundi Awal

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Enggan menunggu lama untuk mengundi seperti yang dialami pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyebabkan beberapa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson memilih untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka.

Keadaan cuaca mendung dan sedikit hujan tidak menghalang mereka untuk berada seawal 7.30 pagi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Chuah di sini bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Seorang pengundi, Datuk Lee Tian Hock berkata beliau hadir untuk mengundi awal kerana serik menunggu lama seperti yang dialami pada PRU14 lalu.

Ahli perniagaan berusia 60 itu kali ini berasa lebih gembira kerana hanya menunggu beberapa minit dan menjadi pengundi pertama menunaikan tanggungjawabnya di pusat pengundian ini.

“Saya tinggal di Seremban tetapi saya memilih datang awal ke sini kerana mahu cepat mengundi dan kemudian boleh minum kopi bersama kawan-kawan,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Chuah, di sini, hari ini.

Walaupun baru sahaja mengundi pada PRU14, 9 Mei lepas, beliau tetap berasa gembira dan teruja untuk mengundi sekali lagi memandangkan ia soal menentukan seorang wakil rakyat yang dapat membantu meningkatkan pembangunan Port Dickson.

Juhadi Sukadis, 66, pula yang pernah menjadi pengundi yang terakhir di kawasan itu pada pilihan raya umum yang lepas, tidak mahu pengalaman mengundi pada saat terakhir berulang lagi.

“Pada PRU lalu lebih kurang tiga minit sebelum pusat mengundi ditutup saya mengundi, saya sangat kecewa sebab itu saya pilih datang awal kali ini,” katanya yang hadir ditemani isteri Norhayati Miskam.

Juhadi yang menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan sebab pilihan raya kecil itu diadakan, bagaimana pun menegaskan beliau tetap mengundi kerana merasakan ia adalah hak dan tanggungjawabnya sebagai rakyat.

Seorang lagi pengundi S.Saravanan, pula memilih keluar mengundi awal kerana perlu berkerja selepas itu.

Gembira dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat, pemandu lori berusia 39 tahun itu berharap wakil rakyat yang dipilih nanti dapat memberikan fokus kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan pendidikan seperti sekolah.

PRK Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,000 Sertai Larian Sempena Hari Sukan Negara KKMM

Next Post

Mangsa Banjir Hilir Perak Kekal 205 Orang Pagi Ini

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

Next Post

Mangsa Banjir Hilir Perak Kekal 205 Orang Pagi Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd