Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

MoF Perlukan Paling Banyak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF)) memerlukan penambahbaikan paling banyak dalam tadbir urusnya...

Wanita Pecah Amanah Duit...

Seorang kerani sumber manusia yang melakukan pecah amanah kerana curi wang gaji milik...

Gotong-Royong Wujudkan Kesedaran Orang...

SANDAKAN - Pelaksanaan program gotong-royong penting dalam mewujudkan kesedaran orang ramai dalam menjaga...

Wow Pelacuran BB: RM700...

25 tahun jadi wartawan, isu pelacuran bukan perkara baharu. Malah, dalam sedekad ketika...

1,000 Sertai Larian Sempena Hari Sukan Negara KKMM

PUTRAJAYA – Kira-kira 1,000 warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama anggota keluarga masing-masing menyertai larian sejauh lima kilometer bersempena Hari Sukan Negara hari ini.

Para peserta dilepaskan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor di padang berhampiran tempat letak kereta KKMM di sini dan larian akan berakhir di lokasi sama.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, Mohd Ali berkata sambutan Hari Sukan Negara peringkat KKMM mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja kementerian termasuk agensi dan jabatan di bawahnya.

“Selain beriadah, program hari ini turut menyumbang kepada menghabiskan waktu berkualiti bersama keluarga apabila sebahagian besar petugas membawa keluarga terutamanya anak-anak kecil,” katanya lagi.

Mohd Ali juga berharap aktiviti berkenaan dapat diteruskan sebagai acara bulanan memandangkan ia mampu memberi kesan positif kepada produktiviti apabila warga kerja KKMM semakin erat, mesra dan lebih mudah menjalankan tugas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KKMM

Kategori