• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan SPRM

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah disyaki berkaitan aktiviti dadah.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie berikutan permohonan pegawai SPRM Faliq Basirudin.

Penahanan terbaharu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada 7.45 malam semalam itu telah menjadikan seramai 13 individu direman melibatkan 12 tangkapan di Sabah dan seorang di Sibu, Sarawak bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Suspek yang kini bertugas di Bahagian Stor IPD Kota Belud itu ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan sama seperti suspek lain iaitu menerima bayaran secara harian, mingguan dan bulanan menerusi akaun bank daripada pihak disyaki terlibat dengan aktiviti berkaitan dadah melibatkan nilai puluhan ribu ringgit sejak 2014 hingga Jun tahun ini.

Suspek berkenaan dipercayai melakukan kesalahan rasuah tersebut ketika dipinjamkan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Belud.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada Selasa, seramai 12 anggota polis dan seorang pesara polis direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan masing-masing 11 individu di Sabah dan seorang di Sibu, Sarawak. – BERNAMA

Tags: anggota polisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd