• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Sukan: KBS-KPM Akan Bincang

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membincangkan hal yang membelenggu kemelut sekolah sukan negara.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat dan maklumat kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana sekolah sukan terletak bawah kementerian itu.

Beliau berkata, perbincangan meja bulat nanti akan menyentuh soal menambah baik kualiti pendidikan di sekolah sukan.

“Saya ada sampaikan maklumat itu kepada Dr Maszlee. KPM yang menjaga bab sekolah sukan dan kita pula akan adakan panel perbincangan antara kementerian kita,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

“Ia untuk menilai dan memperhalusi penambah baik yang boleh kita laksanakan sebab kita nak ada komitmen untuk kembangkan sukan di Malaysia.

“Di sekolah itu sendiri perlu baik bukan di sekolah harian sahaja tapi di sekolah sukan juga. Di situlah banyak bakat diasah kerana diyakini mereka dapat mewakili negara pada masa hadapan.”

Beliau mengulas pendedahan eksklusif NSTP berhubung nasib buruk yang melanda bekas pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

Ramai daripadanya tertipu dengan sistem SSM apabila ada di antara mereka yang mengakhiri zaman persekolahan sebagai nelayan, juruwang, operator kilang, pemandu lori dan badan beruniform.

Itu antara kesudahan nasib dialami bekas pelajar sekolah sukan yang tidak berjaya dalam bidang diceburi selepas terlampau leka dalam mengejar impian untuk bergelar pemain kebangsaan.

Syed Saddiq juga menegur laporan itu kerana bimbang akan menimbulkan persepsi buruk terhadap SSM sehingga membuatkan ibu bapa tidak mahu lagi menghantar anak mereka ke institusi itu.

“Berita seperti ini boleh beri tanggapan negatif kepada sekolah sukan (sehingga) boleh menyebabkan ibu bapa tidak mahu hantar anak mereka ke sekolah sukan.

“Pada masa sama, kita mahu jadikan sekolah sukan tempat prestasi sukan tertinggi. Ia mesti jadi pusat (sukan) perdana dan institusi pendidikan perdana,” katanya. – BH Online

Tags: KBSSekolah Sukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd