• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sejak Bila Pula Khazanah Sudah Diswastakan?”

oleh
06/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELIK… MCA pertikai kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad konon Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) bukan lagi milik kerajaan serta bebas sertai projek mega kereta nasional ketiga.

Isu itu dibangkitkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang terkilan dengan jawapan Perdana Menteri malah bertanya adakah itu pendirian bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH).

Jika bukan, adakah ia sekadar pendapat peribadi Mahathir selaku Pengerusi PH. Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut persoal sekiranya Khazanah bukan sayap pelaburan kerajaan, mengapa isu agensi itu pernah dibawa ke Parlimen.

Ini termasuk jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membangkitkan kerugian pelaburan Khazanah kerana terlibat menerusi syarikat jual pakaian dalam wanita, di Dewan Rakyat sebelum ini.

“Setahu saya, sepanjang pemerintahan BN (Barisan Nasional) tidak pernah jual Khazanah kepada pihak swasta. Sejak bila ia jadi milik swasta di bawah kerajaan PH?” soalnya dalam hantaran akaun Facebook beliau hari ini.

Baca: Sindir PM Lantik Diri Sendiri Jadi Bos Khazanah

Juga: Ada Aset RM157 Bilion, Bukannya Rugi RM80 Juta

Berikut kenyataan Ka Siong menerusi laman sosial tersebut:

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pernah memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ke-3 tidak akan melibatkan sebarang dana awam tetapi ianya merupakan projek pihak swasta.

Setahu saya, sepanjang pemerintahan, BN tidak pernah menjual Khazanah Nasional kepada pihak swasta. Sejak bila pula Khazanah itu menjadi milik swasta di bawah kerajaan PH?

Tun Mahathir Mohamad hari ini pula berkata ‘khazanah bukan kerajaan’, saya terkilan dengan jawapan itu. Apakah ini pendirian bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM atau sekadar pendapat peribadi Tun?

Silterra Malaysia Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik Khazanah Nasional, dari mana datang dana pelaburan Silterra? Apakah pelaburan Silterra dalam projek kereta nasional ke-3 langsung tidak melibatkan dana awam?

Kalau begitu, dana siapa pula? Agaknya siapa yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Khazanah Nasional baru-baru ini? Mana mungkin Khazanah Nasional tiada kaitan dengan pihak kerajaan?

Kalau Khazanah bukan kerajaan, kenapa YB Dato’ Seri Azmin Ali minat sangat dengan pelaburan dalam bisnes coli dilakukan Khazanah semasa menggulung perbahasan di Dewan Rakyat beberapa bulan dahulu?

Kata Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ia konon pasal wang rakyat…. Sekarang pula, apa alasannya? – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Khazanah Nasional Berhad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Terdesak PRK PD, PM Terpaksa Bantu

Next Post

Operasi Anti Rasuah Kutip RM145 Bilion

Related Posts

Muhyiddin Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah

02/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional...

Hassan Marican Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohd Hassan Marican meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. untuk menumpukan perhatian...

Next Post

Operasi Anti Rasuah Kutip RM145 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd