• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayu Lihat Murid Tinggal Bawah Jejambat

oleh Ahmad Albab
12/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan berteduh di bawah jejambat sekitar kawasan Desa Park City, Kepong.

Menerusi foto yang tular di media sosial, keluarga terbabit dilihat terpaksa berteduh di dalam sebuah khemah usang yang terletak di bawah jejambat berkenaan.

Difahaman, foto menyayat hati itu ditularkan oleh seorang pengguna Facebook, Amaliah Ibrahim yang juga merupakan guru kepada salah seorang anak ahli keluarga malang tersebut.

Menurut Amaliah, khemah kecil di bawah jejambat itu merupakan tempat berteduh buat salah seorang anak muridnya yang sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah.

“Sudah beberapa hari (dia) tidak hadir ke sekolah. Hari ini kami terjah melalui jalan onak duri dan lumpur untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.

“Allahuakbar, sedih.. sayu. Insya-ALLAH kami pihak bertanggungjawab akan cuba membantu secepat mungkin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi mereka pada 22 September lalu menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima aduan mengenai keluarga malang itu.

Menerusi kenyataan berkenaan, difahamkan pasangan suami isteri terbabit bersama lima orang anaknya terpaksa menetap di bawah jejambat terbabit selepas gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mereka di Flat Flora Damansara.

“Encik Ali bekerja sebagai kerani manakala isterinya suri rumah. Pasangan ini pernah menerima bantuan deposit rumah daripada Lembaga Zakat Selangor sebelum ini.

“Skuad Baitulmal MAIWP akan membantu keluarga ini sebaiknya agar beban ditanggung mereka dapat diringankan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: anak muridgolongan asnaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Murid

Polis Siasat Guru Didakwa Jalin Hubungan Dengan Anak Murid

01/03/2025
0

Sepang: Polis membuka kertas siasatan membabitkan seorang guru lelaki didakwa menjalinkan hubungan dengan anak muridnya berusia 12 tahun di sini....

Guru Wajar Jadi Penerima Vaksin COVID-19, Lindungi Murid

17/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Warga pendidik juga wajar diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19, memandangkan golongan ini adalah individu yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd