• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Pernah Minta Tun M Mohon Maaf” – Anwar

oleh
03/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung perselisihan mereka pada 1998.

“Saya telah memaafkan beliau atas kapasiti peribadi, begitu juga bekas perdana menteri Najib. Saya tidak pernah meminta beliau memohon maaf dan saya sentiasa tegas dengan anda (pemberita) bahawa saya berpuas hati dengan perilaku dan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan saya.

BACA ‘Saya Tak Pernah Minta Maaf Kepada Anwar’

“Lupakan masa lalu dan tumpukan kepada masa depan, anda (pemberita) yang membangkitkan perkara itu,” kata beliau kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-150 kelahiran Mahatma Gandhi di Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose di sini hari ini.

Anwar diminta mengulas wawancara Dr. Mahathir dalam program bual biacara HARDtalk menerusi BBC baru-baru ini apabila Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak pernah memohon maaf kepada Anwar.

“Tetapi dengan Tun Mahathir, Saya tidak fikir ia perlu kerana beliau komited kepada agenda pembaharuan, beliau telah menerima saya sebagai rakan. Saya fikir itu sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya,” kata beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar juga menyentuh mengenai amalan pemaafan dan prinsip yang diterapkan oleh Gandhi, tokoh pembaharuan India yang ulung dan juga tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan India. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd