• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Racun Kuat” – Ku Li Akui Tak Dijemput PPBM

oleh
30/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Ketika ramai ‘jual’ cerita konon 40 orang Ahli Parlimen UMNO mahu lompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), nama Tengku Razaleigh Hamzah langsung tidak kedengaran.

Apakah ada pihak yang gentar pada Ahli Parlimen UMNO kawasan Gua Musang, Kelantan ini yang kini merupakan wakil rakyat paling senior di Dewan Rakyat jauh lebih banyak penggal berbanding Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mungkinkah kerana Tengku Razaleigh ada sejarah pernah berentap hebat dengan Pengerusi PPBM tersebut dalam pemilihan jawatan UMNO pada 1987 dan kalah cuma dengan beza 43 undi sahaja akibat permainan politik wang.

Apabila UMNO diharamkan pada 1988, beliau dihalang masuk UMNO oleh Mahathir sehingga terpaksa tubuh parti serpihan, Semangat 46 sebagai alternatif. Namun pada 1996 beliau bubar parti itu untuk masuk semula UMNO.

Ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen pada Isnin, Tengku Razaleigh memberitahu tidak tahu menahu mengenai gerakan untuk menarik 40 Ahli Parlimen UMNO masuk PPBM malahan beliau sendiri tidak pernah pun dijemput.

“Tak ada (pelawaan). Saya racun kuat…. (PPBM) tak berapa nak terima saya barangkali,” katanya yang mesra dikenali sebagai Ku Li sambil tetawa sinis mungkin merujuk kepada sejarah politiknya pernah lawan Mahathir.

Beliau diminta mengulas kenyataan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh sebelum itu mengakui memang terdapat dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO dilamar untuk sertai PPBM.

Ia susulan pendedahan pelik di pada Sabtu lalu oleh Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Datuk Kadir Jasin di Johor Bahru yang mendakwa kononnya seramai 40 Ahli Parlimen UMNO mungkin lompat untuk masuk parti kecil tersebut.

Tengku Razaleigh juga dalam nada sindiran menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen UMNO hendak masuk PPBM ibarat “cerita ular sawa dijemput masuk sarang ular lidi” yakni orang dari parti besar diajak masuk parti kecil.

Apapun menjawab soalan lain daripada pemberita, beliau dengan penuh yakin menolak kemungkinan konon UMNO akan terkubur jika betul berlaku lompat parti secara besar-besaran kerana asas parti keramat itu masih lagi teguh.

“UMNO tidak akan habis, nak hancur bagaimana, UMNO ini parti akar umbi. Di mana-mana pun ada UMNO, di kampung dan ceruk mana pun ada, sudah lebih 70 tahun. Bukan mudah, sudah ada sejarah dan perjuangannya.

“Ia diwujudkan oleh rakyat termasuk ketika melawan penjajah,” kata Tengku Razaleigh yang berpengalaman luas apabila pernah menjadi anggota Kabinet ketika era Mahathir dan perdana menteri sebelum itu. – Mynewshub.TV

Tags: Ku LiTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ismail Izzani Tujukan ‘Bidadari’ Buat Suliza Salam

Next Post

Terlalu Awal Untuk Spekulasi Lion Air

Related Posts

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

18/03/2023
0

GUA MUSANG : Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terus diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Gua Musang...

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li

04/11/2022
0

GUA MUSANG : Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Next Post

Terlalu Awal Untuk Spekulasi Lion Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd