• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Ketatkan Kawalan Wabak Rabies

oleh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mencadangkan undang-undang baharu untuk mengetatkan kawalan wabak rabies dan program pembasmian.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing 2018 yang baharu akan memperkenalkan langkah-langkah untuk mengawal selia pengurusan haiwan tersebut.

“Mesyuarat dua hala antara Majlis Keselamatan Negara (MSN) dan Pihak Berkuasa Keselamatan Indonesia akan diadakan tidak lama lagi untuk membincangkan kerjasama bagi kawalan pergerakanj anjing yang lebih efektif antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu di sini hari ini.

Beliau berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk melaksanakan Langkah-langkah Kawalan Rabies oleh Angkatan Tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Sarawak-Kalimantan telah diluluskan dan pihak berkuasa tempatan juga diarahkan untuk menguatkuasakan undang-undang kecil termasuk memastikan pemilik anjing mempunyai lesen.

Uggah yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata penduduk dan agensi-aensi berkaitan juga akan mengadakan sekatan jalan dari semasa ke semasa untuk menghalang pergerakan haiwan tersebut.

“Mengikut Ordinan Kesihatan Awam 1999, adalah menjadi kesalahan untuk membawa keluar anjing tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa veterinar negeri dari kawasan yang dijangkiti wabak Rabies di negeri ini.

“Penalti bagi kesalahan ini ialah denda RM5,000 dan penjara tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” kata Uggah.

Beliau juga berkata kawalan populasi anjing juga akan ditingkatkan dan pemilik haiwan diingatkan supaya tidak melepaskan anjing mereka dan memastikan haiwan peliharaan itu berada dalam perkarangan rumah.

“Saya telah mengeluarkan Perintah Pemvaksinan Anti Rabies dan juga mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk meningkatkan program vaksinasi bagi meliputi kawasan luar bandar di negeri ini.

Menurut Uggah terdapat kira-kira 300,000 anjing di Sarawak dan setakat ini, lebih 85,000 ekor anjing di seluruh Sarawak telah diberikan suntikan vaksin.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Sarawak juga telah menubuhkan Klinik Gigitan Anjing di Sibu, Kapit and Miri Hospital.

Uggah berkata pihak berkuasa serius dalam usaha untuk membasmi wabak rabies dan menambah sebanyak 10,509 ekor anjing telah “ditidurkan”/dihapuskan sementarab lebih 100,000 vaksinasi dilakukan melibatkan kos RM26 juta bagi program kawalan rabies di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rabies: Perhilitan Tangkap Kelawar Pemakan Buah

10/05/2022
0

PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga spesies kelawar pemakan buah ditangkap dalam program survelan khas penyakit rabies di Seri Kembangan, Selangor dekat sini...

Selangor Tiada Peruntukan Khas Tangani Rabies

11/04/2022
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan khas untuk menangani penyakit rabies kerana ia bukan bersifat endemik seperti demam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd