• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Salam Sejahtera’,’ Terima Kasih’ Ke Persada Antarabangsa

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penggunaan ungkapan ‘Salam Sejahtera’ dan ‘Terima Kasih’ akan lebih kerap berkumandang pada persidangan antarabangsa dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu adalah sebahagian daripada usaha kementeriannya memartabatkan bahasa kebangsaan dalam cara sesuai tanpa melibatkan sebarang implikasi kewangan.

Beliau menambah, walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa diplomasi antarabangsa, namun penggunaannya boleh diselitkan mengikut kesesuaian oleh wakil deligasi negara termasuk duta Malaysia di negara luar.

“Saya juga memberanikan diri untuk memulakan ucapan dengan salam sejahtera dan mengucapkan terima kasih semasa berucap pada Perhimpunan Mengenang Mandela pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baharu-baharu ini.

“Mudah-mudahan ini akan membuka peluang kepada negara lain untuk mengenal bahasa kebangsaan Malaysia seperti mana penggunaan ‘sawadikap’ oleh masyarakat Thailand yang popular dan diketahui ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaan Profesionalisme Guru-guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di sini, hari ini.

Beliau menambah pihaknya akan mula memberikan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai cenderahati rasmi daripada wakil Malaysia kepada tetamu atau perwakilan asing bermula tahun hadapan sebagai tanda memperkenalkan Bahasa Melayu.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk memperhebatkan lagi program ‘Education Malaysia’ yang mengetengahkan bahasa dan budaya di peringkat antarabangsa.

“Education Malaysia dilaksanakan di beberapa negara yang mempunyai ramai pelajar Malaysia dan kita bersama-sama dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhasrat menjadikannya seperti program British Council pada masa hadapan.

“Kementerian Luar bersedia menawarkan premis kerana kita sudah mempunyai ruang pejabat memandangkan bayaran sewa pejabat di luar negara adalah sangat mahal dan secara tidak langsung ini dapat menjimatkan wang,” katanya.

Saifuddin menambah kementeriannya juga bersedia membantu kementerian lain, pihak korporat, golongan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam program memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa termasuk menerusi filem dan sastera. – BERNAMA

Tags: Bahasa MelayuPersada Antarabangsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesan kecuaian dalam kalangan 249 sekolah antarabangsa yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu dalam sistem pembelajarannya....

KPT Ambil Langkah Serius Jadikan Bahasa Melayu Agenda Penting Pendidikan Tinggi

KPT Ambil Langkah Serius Jadikan Bahasa Melayu Agenda Penting Pendidikan Tinggi

05/11/2023
0

GEORGE TOWN : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa mengambil langkah serius untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada agenda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd