• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Selari Dengan Persekutuan Lindungi Hutan Simpan Kekal

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah mempunyai pandangan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang tidak membenarkan sebarang perluasan ladang kelapa sawit ke kawasan rizab hutan kekal, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, malah, kerajaan negeri Sabah pada masa ini memberi tumpuan kepada getah, buah-buahan, kayu perladangan, koko dan tanaman lain, dan sebarang pembangunan ladang pada masa depan, termasuk ladang kelapa sawit, hanya akan dijalankan di atas tanah pertanian sebelumnya atau tanah degradasi.

“Sebagai contoh ialah pengharaman ke atas eksport pulangan balik ekonomi yang rendah sejak Julai 2018 adalah sebahagian daripada usaha melindungi hidupan liar dan memperbaharui sektor perhutanan. Perniagaan hiliran dalam produk kayu didapati membawa lebih banyak faedah kepada masyarakat setempat,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri bersetuju sepenuhnya dengan Kerajaan Persekutuan dalam mempertahankan ikrarnya kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia akan menunaikan janji untuk mengekalkan 50 peratus jisim bumi sebagai kawasan diliputi hutan.

Ikrar ini dizahirkan pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 dan ditegaskan lagi dalam beberapa persidangan antarabangsa utama termasuk Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Paris pada 2015.

Menurut Mohd Shafie, Sabah akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan amalan pengurusan hutan lestari bagi menggiatkan semula sektor itu sebagai penyumbang ekonomi yang penting kepada negara.

“Memandangkan ketidakstabilan harga minyak sawit dalam persekitaran yang kompetitif, kerajaan negeri akan menggalakkan dan membantu petani tempatan dan pekebun kecil untuk beralih kepada tanaman kontan lain yang mendapat pasaran dan permintaan global yang lebih baik,” katanya.

Mohd Shafie berkata langkah itu adalah untuk melindungi mata pencarian pekebun kecil daripada terdedah kepada turun naik harga minyak sawit global yang berada di luar kawalan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Shafie Apdalhutan simpan kekal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Warisan Mungkin Tanding Solo PRN Johor

16/02/2022
0

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membayangkan parti itu mungkin bertanding solo dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd