• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

S/U Politik PM Minta Anwar Pujuk Kekal Mahathir

oleh
27/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Ketika penyokong Pakatan Harapan (PH) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ganti Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam masa dua tahun, lain pula Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri.

Portal berita tempatan AgendaDaily melaporkan Zahid Md. Arip hari ini menyeru Presiden PKR itu pujuk Pengerusi PH tersebut agar terus kekal dengan jawatannya sehingga habis tempoh sepenggal iaitu lagi lima tahun akan datang.

Beliau yang pernah dikenali sebagai bekas ‘Mursyidul Am’ Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), sebuah badan siasah anti-Anwar itu; memang dikenali lantang sejak dahulu dan anggap Mahathir sebagai idola politiknya.

Namun silap haribulan, cakap terkini beliau ini selepas rasmi Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Bharu, di Kelantan; boleh mengakibatkan PKR dan orang Anwar tidak senang duduk.

Sekalipun mengakui ia boleh mengundang salah faham, Zahid menjelaskan ini semata mata pandangan peribadinya. Apapun, beliau yakin Mahathir akan tetap tunai janji serah jawatan Perdana Menteri yang kelapan kepada Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar, beliau melontar saranan agar Anwar memujuk Mahathir terus pegang jawatan sehingga habis penggal iaitu selama lima tahun, bukan dua tahun sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Zahid menilai langkah itu wajar kerana usaha penyusunan dan pemulihan pentadbiran negara yang sedang giat dilakukan Mahathir ketika ini masih lagi agak rumit dan tidak boleh disempurnakan dalam tempoh dua tahun.

“Saya fikir kalau Mahathir masih sihat dan mampu, bagi peluang beliau selesai hal negara dalam tempoh satu penggal, iaitu kira-kira lima tahun. Nak pulih negara bukan boleh setahun dua. Biarlah beliau lengkapkan dulu.

“Anwar sendiri pun ada sebut dua tiga kali, nak pulih (negara) bukan senang, nasib baik tak jadi Perdana Menteri. Saya penuh yakin beliau cukup matang dan amat sabar, patut tiada masalah untuk beliau tunggu (lebih lama).

“Memang Tun dah berkali-kali sebut beliau sudah berjanji akan tunaikan janji. Tetapi, jika Anwar boleh pujuk, anda habiskan sahaja sepenggal, patut no problem, yang penting tidak ada batu api,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: PPBMZahid Md Arip
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd