• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rokok Bernilai Lebih RM20,500 Disita Di Negeri Sembilan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 2,309 paket rokok bernilai RM20,584 disita dalam 18 operasi bersepadu dilaksanakan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga 30 Sept lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata sitaan itu dibuat kerana melanggar peraturan Larangan Menjual atau Menawarkan untuk Jualan Apa-Apa Hasil Tembakau Dengan Harga Runcit yang Tidak Diluluskan Oleh Pengarah, Larangan Menjual Paket Rokok Di Bawah Harga Minimum Rokok (RM10) dan Amaran Kesihatan pada bungkusan rokok.

Beliau berkata pelanggaran terhadap peraturan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua duanya.

“Bagaimanapun kesalahan peraturan-peraturan di atas boleh dikenakan kompaun jika hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengeluaran notis untuk mengelakkan daripada tindakan mahkamah seperti dinyatakan dalam notis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya dalam tempoh sama juga, sebanyak 3,513 Notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan dan daripada jumlah itu sebanyak 1,035 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok di kawasan dilarang merokok.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,352 orang telah hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk ditawarkan kompaun yang berjumlah RM192,510.

“Dari 2001 sehingga 30 Sept ini, sebanyak 1371 pelanggaran PPKHT 2004 telah difaikan di mahkamah dan 111 daripadanya telah dijatuhkan hukuman denda bernilai RM34,170,” katanya.

Veerapan berkata berikutan kerajaan akan menguatkuasakan larangan merokok di restoran dan premis makanan terbuka termasuk gerai dan warung bermula 1 Jan 2019, penguatkuasaan secara berskala besar akan dilaksanakan di bawah PPKHT 2004 demi menjaga kepentingan dan kesihatan orang awam pada setiap masa. – BERNAMA

Tags: Negeri SembilanRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd