Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

90.5% Langkah AEC Telah...

KUALA LUMPUR - Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah berjaya melaksanakan 90.5...

Tiara Jacquelina Bakal Arah...

JIKA anda telah menonton dan menyukai filem OlaBola, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton adaptasi filem tersebut di atas...

Perhimpunan Agung UMNO 2020...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31...

Polis Thailand Temui Mayat...

NARATHIWAT - Mayat seorang warga Malaysia dengan kesan kecederaan di muka ditemui terapung...

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar US Dagangan Awal

KUALA LUMPUR – Ringgit mengukuh berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan, dengan data ekonomi tidak menggalakkan daripada Amerika Syarikat.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 4.1510/1540 berbanding dolar US daripada 4.1540/1580 dicatatkan semalam.

Peniaga berkata permintaan terhadap ringgit meningkat berikutan dolar US merosot, susulan jualan runcit AS bagi September lebih rendah daripada jangkaan.

“Selain itu, harga minyak global yang lebih tinggi turut membantu meningkatkan sentimen terhadap ringgit,” katanya.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember naik sembilan cents kepada US$80.87 setong, manakala minyak mentah US West Texas Intermediate bagi penghantaran November meningkat lima cents kepada US$71.83 setong.


Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, apabila ia susut kepada 3.0180/0213 daripada 3.0171/0205 semasa ditutup pada Isnin.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.7099/7129 daripada 3.7176/7225, naik berbanding euro kepada 4.8102/8141 daripada 4.8132/8187 dan menambah berbanding pound British kepada 5.4611/4654 daripada 5.4617/4690. – BERNAMA

Kategori