• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Pengetua Didakwa Liwat Disambung Tiga Hari

oleh Ahmad Albab
28/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Reman seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan liwat terhadap murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu di sambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pengetua berusia 55 tahun itu yang ditahan Khamis lepas itu, sepatutnya tamat remannya hari ini.

“Namun pihak polis telah mendapatkan perintah reman tiga hari lagi sehingga 31 Okt ini bagi membolehkan kami melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Selepas kertas siasatan itu siap, ia akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Bernama pada Selasa, melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika menyertai program pendidikan di sekolah lelaki tersebut bertugas, selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata polis menahan lima lelaki yang sedang berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dalam operasi khas samseng jalanan bermula pukul 10 malam tadi hingga 7 pagi ini.

Katanya mereka yang ditahan itu berusia 18 hingga 23 tahun dan kesemua mereka pekerja kilang.

“Dalam operasi mencegah aktiviti lumba haram itu, polis berjaya menahan lima lelaki tersebut dan ujian air kencing mendapati seorang daripada mereka iaitu remaja berusia 18 tahun positif dadah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi itu dari semasa ke semasa kerana kegiatan lumba haram yang dijalankan mereka bukan sahaja merbahaya kepada diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain. – BERNAMA

Tags: kes liwatpengetua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

07/12/2023
0

CHUKAI: Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan meliwat sepupunya ketika dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd