• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan Di Kediaman Najib Ikut Undang-Undang

oleh
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan semasa menjalankan penggeledahan dan rampasan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences, pada Jun lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan keselamatan itu memandang berat dakwaan dilemparkan kerana ia mencalar kredibiliti PDRM, apatah lagi dalam kes berprofil tinggi sedemikian.

“Kesemua pegawai dan anggota dipilih menjalankan penggeledahan dan rampasan diberi taklimat dengan terperinci oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bagi memastikan kesemua mereka menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang.

“Dalam penggeledahan itu, PDRM turut dibantu pihak Pavilion Residences dan Bank Negara Malaysia bagi mengelak sebarang pertikaian di kemudian hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata demikian bagi menjawab tohmahan liar berlaku penyelewengan oleh PDRM apabila sejumlah RM43.3 juta daripada keseluruhan wang tunai dirampas di Pavilion Residences, didakwa lesap.

Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kukuh bagi menyokong dakwaan itu agar membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

”Tindakan ini wajar bagi membersihkan nama dan imej PDRM. Dalam masa sama, kami ingin menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan yang menimbulkan spekulasi negatif atau menyentuh sensitiviti perkauman sehingga boleh mengeruhkan keadaan,” katanya.

Rabu lepas, UMNO menuntut ganti rugi RM43.3 juta daripada PDRM susulan dakwaan kehilangan wang parti itu ketika serbuan dan rampasan pihak berkuasa berkenaan di sebuah apartmen di Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan, Jun lalu.

Tuntutan itu dibuat menerusi permohonan terkandung dalam writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 21 Sept lepas .

UMNO mendakwa wang disimpan di apartmen milik Najib itu adalah RM160 juta, bukannya RM116.7 juta seperti diumumkan polis.

Khamis lepas, penulis blog Raja Petra Kamarudin menerusi blognya, mendakwa polis mencuri RM43.3 juta daripada RM160 juta wang UMNO yang dirampas di enam premis termasuk tiga di Pavilion Residences. – BERNAMA

Tags: Fuzi HarunRampasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

Polis Rampas Dadah RM1.04 Bilion, Lumpuhkan Sindiket Dadah Antarabangsa

26/12/2025
0

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan merampas dadah seberat 6.2 tan, dianggarkan bernilai...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd