• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Raja Taikun’ Israel Kini Meringkuk Dalam Penjara

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Beliau pernah digelar oleh media Israel sebagai ‘raja taikun’, lapor agensi berita China Xinhua.

Ketika itu, segalanya mampu dicapai oleh Nochi Dankner, selebriti media yang pernah menjadi antara taikun paling berkuasa di negara tersebut.

Bagaimanapun, bak kata pepatah yang indah hanya sementara.

Pada Selasa, nasib taikun berusia 63 tahun itu bertukar menjadi satu tragedi.

Kekasih media yang kaya-raya itu terpaksa menukar sut perniagaannya dengan pakaian seragam banduan.

Dankner memulakan hukuman penjara tiga tahun di Penjara Maasiyahu, yang terletak di pusat bandar Israel, selepas didapati bersalah melakukan penipuan.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Penjara Israel, Dankner tiba pada pagi Selasa di penjara itu dengan ditemani menantu lelakinya dan seorang peguam.

“Ini adalah hari yang sukar bagi saya dan keluarga,” kata Dankner kepada pemberita di pintu masuk penjara.

“Saya telah berusaha memperjuangkan hakikat bahawa saya tidak bersalah… Saya mempercayai sistem perundangan dan keadilan Israel serta amat menyayangi negara ini,” katanya.

Beliau dijangka menghabiskan tempoh hukuman itu di ‘sayap VIP,’ yang dibina khusus untuk bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert ketika pemimpin itu menjalani hukuman kerana kesalahan rasuah.

Dankner telah disabitkan dengan kesalahan melakukan penipuan, yang menyaksikan berjuta-juta shekel dilaburkan dalam urus niaga saham bagi memanipulasi harga saham kumpulan IDB.

Beliau pernah menjadi pemegang saham utama IDB.

Pada Ogos, Mahkamah Agung Israel menolak rayuannya berhubung sabitan terhadapnya dalam kes manipulasi saham.

Mahkamah itu turut menolak rayuannya terhadap hukuman penjara dua tahun yang dijatuhi sebuah mahkamah daerah pada 2017, dan menjatuhi hukuman penjara yang lebih berat.

Syarikat ala piramidnya termasuk rangkaian pasar raya, syarikat selular, syarikat Internet, syarikat monopoli simen, syarikat insurans dan akhbar utama Israel.

Empayar perniagaan Dankner mula runtuh dalam krisis kewangan global 2007. – BERNAMA

Tags: Israel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd