• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Minta Maaf Jika Pernah Sombong Seperti Exco Melaka

oleh
10/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya meminta maaf jika semasa saya menjadi wakil rakyat dahulu, saya pernah berkelakuan yang dilihat sombong dan menekan rakyat biasa.”

Itu reaksi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung tingkah laku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pengkalan Batu yang juga Exco Kerajaan Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR kali ini berkata, tingkah laku Norhizam itu juga ingatan kepadanya supaya banyak bersabar dalam urusan seharian dan mengelakkan meninggikan suara dengan sesiapa pun.

“Bagi pihak Pakatan Harapan (PH), walau apa pun penjelasan yang telah dan akan diberikan, saya memohon maaf atas insiden meninggikan suara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Norhizam dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani kerajaan PH Melaka selepas rakyat Melaka bangkit menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 demi Malaysia Baharu.

Satu rakaman video berdurasi 2 minit 27 saat melibatkan beliau bertikam lidah dengan sekumpulan penduduk di Taman Akasia tersebar di media sosial sejak semalam.

Rafizi berkata, beliau tidak tahu punca pergaduhan itu dan sebab pertikaian yang menyebabkan seorang wakil rakyat boleh berkelakuan begitu kepada seorang warga emas.

“Pandangan saya sebagai seorang rakyat biasa walau apa pun pertikaiannya (dan tidak kiralah siapa yang betul dan siapa yang salah), lebih manis jika ia tidak melibatkan suara yang tinggi (lebih-lebih lagi terhadap orang yang lebih berumur),” katanya. – Mynewshub.tv

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd