• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Ternak Kelulut, Ajar Pelajar Ilmu Keusahawanan

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUBANG PASU – Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah di Kampung Lembah Arang, di sini bukan sahaja mampu menghafaz Al-Quran, malahan mahir dalam penternakan lebah kelulut untuk penghasilan madu di madrasah berkenaan.

Pengetuanya, Auzaid Ismail berkata, ia membabitkan pelajar lelaki seramai 31 orang dan pelajar perempuan 11 orang yang berusia tujuh hingga 20 tahun , sekaligus menyumbang kepada sumber pendapatan madrasah untuk menampung kos operasi yang meningkat.

“Sarang kelulut kami beli dari orang kampung yang mencari di hutan dan pelajar inilah yang akan membantu membuat kotak untuk lebah kelulut membina sarang, menyedut madu yang dihasilkan dan membotolkan madu dengan label sebelum ia dipasarkan hingga ke Lembah Klang.

“Ia menjadi salah satu pengajian sampingan kepada pelajar agar mereka tahu selok-belok penternakan sebelum mengusahakan sendiri nanti sambil membuat kerja dakwah di tempat masing-masing nanti,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Auzaid berkata, beliau tidak menyangka projek yang diusahakan hanya ‘suka-suka’ pada awalnya, mampu menjadi sumber pendapatan utama madrasah selain sumbangan orang ramai dan duit derma bagi menampung kos operasi.

“Pada musim bunga hasil mencecah 100 kilogram dengan nilai jualan sebanyak RM24,000 sebulan, dengan ini dapatlah menampung bil elektrik dan air serta perbelanjaan pengurusan madrasah kerana kebanyakkan pelajar di sini diberi pendidikan percuma kerana terdiri daripada mualaf, anak yatim dan fakir miskin,” katanya.

Katanya, projek ini turut mendapat sokongan dan bimbingan dari seorang pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim (POLIMAS) di sini yang mengajar teknik-teknik penjagaan sarang kelulut yang betul agar dapat menghasilkan madu yang banyak.

Auzaid yakin, projeknya ini akan terus berkembang dan berharap akan menjadi projek kelulut yang dilawati kerana berada di lereng-lereng bukit yang kelihatan menarik.

“Saya sedang membina sebuah galeri untuk menyimpan dan menjual madu yang dijangka siap tahun depan, dengan adanya galeri itu akan melengkapkan lagi projek ini dan boleh menjadi tumpuan pengunjung suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Mohd Syarhan Mohd Tahir, 16 berkata, beliau bersyukur kerana menjadi salah seorang pelajar yang diberi kepercayaan untuk menyedut madu kelulut sebelum dibotolkan dan dijual.

“Rasa beruntung kerana selain dapat menghafaz 30 juzuk Al-Quran, saya juga dapat mempelajari ilmu keusahawanan yang menjadi nilai tambah kepada saya dan pelajar lain, selain itu kami juga diajar cara membuat sabun mandian, pencuci muka berasaskan madu kelulut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Madu Kelulutpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM Rampas Daun Ketum Bernilai Hampir RM37,000 Di Sempadan

Next Post

DOSH Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Tanah Runtuh Paya Terubong

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

Padah Serbu, Serang Guru Pusat Tahfiz, Lima Lelaki Dipenjara 10 Bulan, Denda RM2,000

18/08/2022
0

LIPIS : Lima lelaki masing-masing dipenjara 10 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku...

Next Post

DOSH Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Tanah Runtuh Paya Terubong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd