Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kasut Pintar ‘Back To...

FILEM pecah panggung Back To The Future II yang ditayangkan pada 1989 telah...

MAHA: FAMA Sasar 50...

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meletakkan sasaran mewujudkan sekurang-kurangnya 50...

Ayam Belanda Ini Naik...

SAN FRANCISCO - Seorang penumpang terkejut apabila melihat seekor ayam belanda berjalan terkedek-kedek...

Kebakaran: Pekerja Kelab Malam...

LABUAN - Tujuh warga Filipina yang bekerja di sebuah kelab malam di sini,...

Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh Siap Akhir Tahun

KANGAR – Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh, sepanjang 22 kilometer dari Timah Tasoh ke Kuala Perlis dekat sini dijangka siap sepenuhnya akhir hujung tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Muhamad Hafiz Harun berkata hanya dua daripada enam pakej yang terkandung dalam projek yang menelan belanja lebih RM300 juta itu belum siap sepenuhnya, iaitu meliputi kawasan Tebing Tinggi di Bintong dan Kampung Wai di Kuala Perlis.

“Proses pengambilan hak milik tanah daripada penduduk telah selesai dan pembayaran kepada penduduk yang terlibat akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di Tebing Tinggi dekat sini, hari ini.

Beliau berkata perkembangan projek yang turut melibatkan pembinaan sebuah terowong sepanjang lebih 700 meter itu juga dipengaruhi faktor cuaca kerana pihak kontraktor hanya boleh menjalankan kerja-kerja semasa paras air rendah.

Turut meninjau projek itu, Anggota Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil; ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling dan ADUN Kuala Perlis, Noor Azam Karap. – BERNAMA

Kategori