• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Ciptaan Guru & Pelajar Terengganu Diiktiraf Hingga Peringkat Antarabangsa

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Siapa sangka gabungan idea dan usaha guru dan pelajar sebuah sekolah di sini mampu menghasilkan produk kesihatan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit kulit hingga diiktiraf oleh lima buah negara termasuk Rusia dan Hong Kong.

Produk itu, Alla Bar dan Cassia Bar, diilhamkan oleh dua guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu sejak dua tahun lalu.

Guru pembimbing pasukan itu Rozila Sulong, 44, berkata Taiwan, China dan Indonesia juga senada dalam mengiktiraf produk itu malah ada pihak daripada lima negara tersebut menyatakan kesediaan untuk membantu memasarkannya.

Katanya, idea memasarkan secara meluas muncul selepas produk itu memenangi pingat emas pertandingan inovasi ‘The 5th International Young Inventors Award (IYIA)’ di Indonesia pada 22 Sept lepas.

“Pada pertandingan itu kami membawa produk yang sama dengan memberi penerangan bahawa dengan hasil formula yang baik produk ini dapat membantu orang ramai yang mengalami masalah kulit seperti kudis, kegatalan dan panau.

“Sebelum ke Bali, kami juga memperoleh pingat emas pada pertandingan The International Engineering Invention and Inovation Exhibition 2018 (i-Envex) di Universiti Malaysia Perlis (UniMap) pada April lalu hingga layak menyertai IYIA,” katanya ketika ditemubual Bernama.

Dalam pasukan itu, Rozila disertai seorang lagi guru Herdawati Muda, 41, dan lima pelajar tingkatan empat, dua lelaki dan tiga perempuan, iaitu Muhamad Khairul Naim Rosland, Hammad Harith Syahmi Mohd Shafiei, dan Hasbe Zuliyana Hasbe Zuzaini, Su Shazrina Samsudin dan Hanaa’ Daud.

Ketika di Bali, pasukan yang turut mendapat tunjuk ajar daripada pihak Universiti Malaysia Terengganu itu berjaya mengalahkah peserta lain dari 13 buah negara lain termasuk Poland, Vietnam, Turki dan Jepun.

Produk Alla Bar merupakan sejenis sabun yang diperbuat daripada tumbuhan berasaskan pelbagai herba, daun pegaga dan pandan manakala Cassia Bar mempunyai ramuan yang hampir sama namun mempunyai campuran daun gelinggang.

“Daun pegaga mampu menyembuh luka dengan cepat manakala pandan berupaya menghasilkan bau yang wangi dan menarik. Daun gelinggang pula didapati boleh merawat kurap, panau dan gatal-gatal,” katanya.

Beliau berkata, ilham untuk menghasilkan produk itu timbul apabila melihat keadaan pelajar yang tinggal di asrama kerap berulang alik ke klinik kerana mengalami kegatalan kulit.

“Tidak lama lagi kami akan menghasilkan produk dalam bentuk ‘balm’, supaya mudah digunakan dan sejenis ubat gegat juga akan dibuat bagi menghalau serangga seperti lipas dan semut,” katanya.

Pada 14 Okt ini pasukan yang sama akan menyertai Young Entrepreneur Strive For Success (YESS) di Kuala Lumpur bagi mewakili Terengganu. – BERNAMA

Tags: antarabangsaproduk ciptaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalur Lebar: Gobind Mahu Syarikat Telekomunikasi Tepati Janji

Next Post

Isteri CEO Cradle Fund Gagal Tangguh Proses Gali Semula Kubur Suami

Related Posts

Isu Orang Tidak Bernegara Perlu Perhatian Antarabangsa

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Isu orang tidak bernegara adalah masalah kritikal yang memerlukan perhatian masyarakat antarabangsa kerana ia boleh memberi impak...

Sut Iron Man Dirisik Tentera Pelbagai Negara

21/01/2019
0

SIAPA sangka sut Iron Man ciptaan seorang lelaki dari Britain berjaya menarik minat pihak tentera negara itu. Richard Browning kini...

Next Post

Isteri CEO Cradle Fund Gagal Tangguh Proses Gali Semula Kubur Suami

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd