Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Sharifah Shahora Maintain Badan...

SEBELUM ini, rumah tangga pelakon Sharifah Shahora pernah mengalami keretakan akibat kehadiran wanita...

Zarina Anjoulie Gaduh Dengan...

BERKENALAN di Instagram, apabila sudah bercerai pun Instagram menjadi 'medan pertempuran' antara pelakon...

77,242 Saman Sejak Awas...

BENTONG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 77,242 saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik...

Gelombang Sokongan PN Semakin...

PUTRAJAYA - Parti Keadilan rakyat (PKR) menangkis dakwaan kononnya terdapat gelombang peralihan undi...

Produk Ciptaan Guru & Pelajar Terengganu Diiktiraf Hingga Peringkat Antarabangsa

KUALA TERENGGANU – Siapa sangka gabungan idea dan usaha guru dan pelajar sebuah sekolah di sini mampu menghasilkan produk kesihatan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit kulit hingga diiktiraf oleh lima buah negara termasuk Rusia dan Hong Kong.

Produk itu, Alla Bar dan Cassia Bar, diilhamkan oleh dua guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu sejak dua tahun lalu.

Guru pembimbing pasukan itu Rozila Sulong, 44, berkata Taiwan, China dan Indonesia juga senada dalam mengiktiraf produk itu malah ada pihak daripada lima negara tersebut menyatakan kesediaan untuk membantu memasarkannya.

Katanya, idea memasarkan secara meluas muncul selepas produk itu memenangi pingat emas pertandingan inovasi ‘The 5th International Young Inventors Award (IYIA)’ di Indonesia pada 22 Sept lepas.

“Pada pertandingan itu kami membawa produk yang sama dengan memberi penerangan bahawa dengan hasil formula yang baik produk ini dapat membantu orang ramai yang mengalami masalah kulit seperti kudis, kegatalan dan panau.

“Sebelum ke Bali, kami juga memperoleh pingat emas pada pertandingan The International Engineering Invention and Inovation Exhibition 2018 (i-Envex) di Universiti Malaysia Perlis (UniMap) pada April lalu hingga layak menyertai IYIA,” katanya ketika ditemubual Bernama.

Dalam pasukan itu, Rozila disertai seorang lagi guru Herdawati Muda, 41, dan lima pelajar tingkatan empat, dua lelaki dan tiga perempuan, iaitu Muhamad Khairul Naim Rosland, Hammad Harith Syahmi Mohd Shafiei, dan Hasbe Zuliyana Hasbe Zuzaini, Su Shazrina Samsudin dan Hanaa’ Daud.

Ketika di Bali, pasukan yang turut mendapat tunjuk ajar daripada pihak Universiti Malaysia Terengganu itu berjaya mengalahkah peserta lain dari 13 buah negara lain termasuk Poland, Vietnam, Turki dan Jepun.


Produk Alla Bar merupakan sejenis sabun yang diperbuat daripada tumbuhan berasaskan pelbagai herba, daun pegaga dan pandan manakala Cassia Bar mempunyai ramuan yang hampir sama namun mempunyai campuran daun gelinggang.

“Daun pegaga mampu menyembuh luka dengan cepat manakala pandan berupaya menghasilkan bau yang wangi dan menarik. Daun gelinggang pula didapati boleh merawat kurap, panau dan gatal-gatal,” katanya.

Beliau berkata, ilham untuk menghasilkan produk itu timbul apabila melihat keadaan pelajar yang tinggal di asrama kerap berulang alik ke klinik kerana mengalami kegatalan kulit.

“Tidak lama lagi kami akan menghasilkan produk dalam bentuk ‘balm’, supaya mudah digunakan dan sejenis ubat gegat juga akan dibuat bagi menghalau serangga seperti lipas dan semut,” katanya.

Pada 14 Okt ini pasukan yang sama akan menyertai Young Entrepreneur Strive For Success (YESS) di Kuala Lumpur bagi mewakili Terengganu. – BERNAMA

Kategori